Rabu, 28 Mac 2012

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


Dia buat dah: Mati terlentok <b>di</b> bahu ibu

Posted: 26 Mar 2012 11:41 PM PDT

myMetro | Mati terlentok di bahu ibu: "ALOR GAJAH: Seorang penyelia kilang yang mengalami demam panas dan sesak nafas, mati terlentok di bahu ibunya beberapa minit selepas menerima rawatan di sebuah klinik swasta di Masjid Tanah, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, Hasrul Md Yasin, 32, ke klinik berkenaan bersama ibunya.

Hasrul yang tinggal di Kampung Berembang Jaya, Lubok China, berbual dengan ibunya di sofa klinik berkenaan selepas menerima rawatan sebelum mati beberapa minit kemudian.

Ibunya, Aminah Kecut, 63, berkata anaknya demam sehari sebelum kejadian dan mendapatkan rawatan di klinik berkenaan pagi semalam.

"Ketika tiba di klinik, anak saya yang mesra dipanggil 'Adik' semakin lemah dan menunggu di sofa beberapa minit sebelum menemui doktor dan dipapah kerana pandangannya kabur. Malah, ketika dirawat dia hanya menundukkan kepala," katanya."

'via Blog this'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads