Selasa, 6 Mac 2012

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


Elak fitnah pembangkang- PM | N9 Kini - Portal Berita Negeri <b>...</b>

Posted: 24 Feb 2012 08:28 PM PST

Rakyat diingatkan agar tidak mudah terpedaya dan digula-gulakan oleh pembangkang termasuk janji bagi menurunkan harga minyak sekiranya berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sedangkan hakikatnya harga minyak global yang tidak menurun menyukarkan pengurangan harga minyak negara, kecuali dengan menambah pemberian subsidi minyak.

"Memang harga minyak boleh diturunkan dengan cara menambah subsidi. Potong daripada yang lain, kurangkan harga minyak, tetapi itu bukanlah pengurusan yang cekap dan baik.

"Pakar ekonomi memahami, kalau kita mencurahkan peruntukan kerajaan begitu banyak untuk subsidi tetapi tidak menjana kekayaan dan pertumbuhan ekonomi maka negara akan menjurus kepada ekonomi yang semakin menurun.

"Mungkin satu hari nanti, kita akan mengalami nasib seperti Sepanyol, Ireland, Portugal dan Itali yang dulu dipandang tinggi, tetapi kini ekonomi negara kita lebih baik daripada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan perumahan Taman Seri Manggis serta majlis pecah tanah pembinaan surau dan balai raya di Machap Umboo di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Perumahan yang dibina di atas tanah seluas 3.2 hektar itu terdiri daripada 244 unit rumah teres setingkat kos sederhana yang dijual pada harga RM88,800 seunit dan 50 buah rumah kos rendah yang dijual dengan harga RM42,000 seunit.

Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM120,000 bagi pembinaan surau dan RM120,000 untuk balai raya oleh kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Najib menggalakkan lebih banyak projek perumahan yang dibuat secara perkongsian pintar antara syarikat swasta dan kerajaan tanpa terlalu menumpukan kepada perumahan bagi golongan mewah sahaja.

"Dengan itu, kita dapat memastikan apabila kita memacu pembangunan, kita mahu pembangunan itu seimbang. Kita mahu ramai yang mendapat faedah meskipun projek itu dilaksanakan oleh sektor swasta, kita tidak mahu sektor swasta itu menumpu kepada golongan yang mewah sahaja.

"Kita beri perhatian secara seimbang bagi kepentingan ramai rakyat, inilah yang saya maksudkan kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang mendahulukan rakyat," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads