Jumaat, 23 Mac 2012

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


Masalah Lalat Bakal Berakhir? « ibn_bacoks

Posted: 17 Mar 2012 11:27 PM PDT

Rumah > Uncategorized > Masalah Lalat Bakal Berakhir?

image

SIMPANG RENGGAM – Barangkali Suhaizan Kaiat, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Simpang Renggam antara individu yang paling gembira apabila diberitahu bahawa jaminan Kerajaan Johor dengan menyasarkan negeri itu bebas daripada masalah lalat menjelang penghujung tahun hadapan.

Isu lalat meletus ekoran pendedahan yang dibuat Suhaizan bersama kira-kira 500 penduduk di Machap telah menandatangani satu memorandum bagi menangani masalah lalat yang membelenggu mereka sejak 10 tahun lalu telah diserahkan kepada Menteri Besar Johor baru-baru ini.

Penduduk mendakwa, masalah ini telah lama disuarakan kepada pihak berkaitan, namun isu ini masih berpanjangan.

Antara kampung yang dikatakan terlibat adalah seperti Kg Sri Jaya; Kg Perak; Kg Bukit Batu; Kg Sima; Kg Ulu Benut; Kg Empangan; Kg Paya Parlembang; Kg GSA; Kg Parit Jepun; Kg Bukit Keremoiyang; Kg Baru; Kg Mat Amin; Kg Hj Noh dan Kg Batu 6.

Sehubungan itu, penduduk berharap isu ini dapat diselesaikan segera kerana ia melibatkan kesihatan dan untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar berlaku.

Akhbar sebelum ini melaporkan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bersidang di Kota Iskandar, di beritahu bahawa empat strategi utama dirangka untuk tujuan itu termasuklah meningkatkan keberkesanan pengurusan najis di ladang unggas.

Disamping itu, penguatkuasaan Enakmen Kawalan dan Pertenakan Unggas, selain mengadakan program transformasi sistem perladangan kepada sistem reban tertutup adalah antara usaha ke arah itu.

Mama Miraki: Kisah Suatu Malam <b>Di</b> Lebuhraya.......

Posted: 18 Mar 2012 05:35 AM PDT


Seperti malam-malam sebelumnya tugas Ahmad akan bermula tepat jam 12 malam. Sejak 5 tahun ini begitulah rutinya setiap hari. Bertolak dari rumah kira2 jam 10 malam dam sampai ke Ibupejabat setengah jam kemudian. Setelah berurusan dengan pihak terlibat diapun mengambil kunci van dan menghiduokan enjin. Beitulah tugas sebagai Pemandu syarikat Penghantar Cepat @ Courrier Services. Memandau di waktu malam adalah tugas rasminya untuk memastikan barangan yang dihantar pelanggan akan tiba keesokkan harinya.
Membelah lebuhraya diwaktu malam dari Johor Bahru kebeberapa destinasi yang ditetapkan dah jadi lumrah pada Ahmad. Itulah sumber pendapatannaya untuk menampung keluarga,
Perjalanan lancar..singah sebentar di R n R Machap untuk membasahkan tekak dan memgambil angin malam sebelum meneruskan perjalanan. Jam mennjukkan 1.20 pagi. Waktu2 begini R n R pun agak meriah kerana ramai yang berhenti untuk merehatkan badan.
Suram dan Seram......ni gambar yg Mama ambil di hentian Rehat dalam perjalanan balik ke KL baru2 ni....
Dalam pukul 1.40 pagi ahamd meneruskan semua perjalanan. Mata semakin segar,dan boleh memandu dengan selesa. Melapasi Machap memasuki ke arah Yong Peng jumlah kenderaan agak berkurangan. Ahmad membuka tingkap kerana mata mulai layu ulak..padahal baru aje lepas minum Kopi O kaw..."aggghhhhhh sudahhhh getus Ahad...apasal lah mata aku ni pulak..selalu ok aje". Mungkin sebab kali ni dia terpaksa memandu berseorangan..teman sekerja yang sepatutnya bersama-sama terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana masalaha yang tak dapat dielakkan. Untuk mendapatkan pekerja gantian di saat-saat akhir agak rumit juga.  Namun memandangkan kali ni Ahamd cuma perlu menghantar barang ke Kuala Lumpur....dia pun setuju aje untuk memandu berseorangan. Lagipun dia dah biasa memandu sorang2 di malam hari. Bukan setakat di Lebuhraya Utara Selatan.....yang agak meriah ni selalunya...malahan dilebuhraya yang lebih "keras" pun ada seperti Lebuhraya Karak, Lebuhraya Pantai Timur, Lebuhraya Timur Barat yang melalui jalan berbukit Jeli ke Grik...so tak adalah lah setakat lalau highway KL-JB ni...kacang ajelah....hehehhee
Tiba2 hujan rintik2 mulai turun...Ahmad menaikkan cermin tingkap...dalah hati terdetik.."alamak kalau ada geng baru OK ni....Mata...oh...mata kenapa ko mengantuk malam ni..." Dibukanya radio dari satu channel ke channel yang lain...dari lagu2 romantik..ke lagu2 klasik...semua kurang menarik minatnya. akhirnya dia tertekan ke channel radio IKIM...wahhhh elok juga ni malam2 ni  dengar ayat-Al-Quran.
Semakin lama...keadaan lebuhraya agak gelap..kerana kurang lampu2 ditepi lebuhraya melalui kawasan Yong Peng ke Pagoh. Lampu agak berkurangan. Hanya mengharapkan suluhan lampu dari arah bertentangan.
Ahmad terfikir...janganlah hendaknya Van yang dinaikinya buat hal dikawasan macam ni...."alahai cepatlah sampai ke KL..kalaulah van aku rosak ni...mampuhhhhh aku...sapa nak tolong"...tiba-tiba dia terasa bulu tengkoknya meremang pulak...terbayang kalau dia berseorangan dikawasan itu dan kenderaannya buat hal..Ya Allah minta dijauhkan. Sedang Ahmad melamun dan malayan perasaan...kelihatan di hadapan dalam jarak lebih kurang 100 meter ada cahaya lampu suluh naik turun naik turun dihadapan. aghhhh sudah...baru aku berangan kereta rosak..dan ada yang betul2 terjadi. Dari jauh Ahmad mula memperlahankan kenderaan...dia tidak berapa a nampak jelas siapa yang menahannya kerana cuaca agak gelap dan cuma nampak cahaya lampu. Ahmad pun lantas memasang signal ke kiri dan mula mmeperlahankan kenderaannya. Mulannya hati terasa cuak..tapi bila memikirkan kalau hal itu terjadi padanya dan tak ada pulak pemandu yang nak berhenti...Ohhh ini masa dia...mungkin esok masa aku. Lagipun nak ke telefon emergency tu agak jauh juga.
Amad memberhentikan kenderaaanya. Kelihatan di hadapannya seorang wanita bersama anak lelakinya berdiri ditepi jalan. Kanak2 berusia dalam lingkunagn 2 tahun....Ohhh kasihan sungguh,..mungkin kehabisan minyak kerana wanita itu memegang tin kecil. Terbayang kalaulah benda ni terjadi ke atas isterinya....memandanga kadanag2 kala isterinya juga terpaksa pulak ke rumah dari kerja agak lewat malam, kerana isterinay bertugas di sebuah Klinik Swasta 24 jam. Kadang hampir jam 12 malam baru isterinay tiba dirumah bil ahabis shift pukul 11 malam. Ahmad lantas menurunkan cermin tingkap......
"kenapa Kak.....apa masalah kereta", Wanita itu menjawab tapi Ahmad kurang mendengar..mungin disebabkan bunyi bising enjin kenderaan...cuma wanita itu menuding tong kosong tu dan menunjukkan ke aras hadapan... ohhhh memikirkan agak bahaya berhenti ditepi lebuhraya diwaktu malam dan dengarn kenderaan yang dipandu laju..itupun beberapa kenderaan tadi membunyikan Hon yang agak panjang....Ahmad mengambil keputusan untuk menumpang wanita tersebut...Ahmad membuka pintau van dan mempelaawa wanita bersama anak lelakinya itu naik. Tanpa sepatah kata..wanita itu lantas naik ke dalam van sambil meriba anak lelakinya dan meletakkan tong kosongdi sebelah kakinya.
Ahmad pun lantas meneruskan perjalanan...Wanita itu mengucapkan Terima kasih dan menunjukkan arah ke depan dan Ahmad terus memandu.
Tiada perkataan atau perbualan yang keluar dari mulut keduanya. ahmad ingin bertanya....tapi memandangkan wanita itu hanya menundukkan mukanya lantas dipendamkan hasratnya. Untuk memecah kesunyian dan keheningan Ahmad lantas menekan punat radionya..Kebetulan Radio Ikim sedang menyiarkan bacaaan ayat-alQuran...surah al-baqarah. 
"TUTUP".........tiba2 wanita itu bersuaran agak garau sambil jarinya menuding ke aras punat radio. Ahmad terkejut dan serta merta tengkuknya terasa meremang. TDan tiba2 di amerasakan deruan angin sehinggah resit tol yang diletakkan di hadarapan dahboardnya juga hampir terbang...api ditenangkan hatinya. ohhh mungkin dia tak mahu anak lelakinya terjaga dari tidur agaknya. Tidak berapa lama lepas itu wanita itu bersuara kembali.... " BERHENTI DEPAN". Ahmad lantas memperlahankan kenderaannya sambil memaasang lampu tinggi. Ohhh dihadapannya tesadai di tepi lebuhraya itu sebiji kereta Nisaan Sunny model mama berwarna Merah. Lega hatinya....ohhhh betullah ni manusia....sambil hatinya mahu tergelak kecil, Dia memansang signal kekiri dan mula memperlahankan kenderaan. Sebagaimana tadi ada beberapa biji kereta dari arah belakang dan arah bertentangan membunyikan hon bertalu..."ishhhhhh....sabarlah sikit....getus hatri ahmad tentang sikap pemandu2 dilebuhraya"
Tanpa separah kata..Wanita itu lantas membuka pintu van dan mula melangkah turun sambil mendukung anaknya...beberapa langkan ke hadapan Ahmad terperasaan yang tin minyak yang dibawa wanita itu tadi tertinggal di dalam vannya... dia lantas menanggalkan tapi linggang keledar nya dan ingin membuka pintu vannya untuk memanggil wanita itu dan memberikannya tin minyak tadi.
Dengan tak semena-semana tingap vannya diketuk dari luar. Ahmad yang terkejut menoleh serta merta...apabila dipandangnya..dilihatnya dua orang petugas peronda lebuhraya berada diluar kenderaaannya sambail bertanya " Ada apa Masalah Encik berhenti disini"
Baru saja Hamd hendak menerangkan ...sambil tangannya menunjuk ke aras wanita dan kereta Nissan Sunny tadi...ehhhhh sekelip mata wanita itu hilang dipandangannya...termasuklah kereta Nissan tersebut. Tetapi Tin minyak masih berada di tangan Ahmad. Ahmad memberitahu yang dia ingin membantu wanita yang kehabisan minyak dengan menumpangkannya ke mari...tapi tak kan sekelip mata dia dah jalan...sedangkan tin minyak masih berada ditangannya....Belum habis mendengar penjelasan Ahmad...lantas Petugas Peronda Lebuhryaa lantas berkata " dah...dah...En sila jalan sekarang...jangan pusing ke belakang...dengan mimik muka yang berkerut seolah sudah mengerti kisah sebenar yang dialami oleh Ahmad. Petuga itu juga berpesan lain kali tak perlu berhenti jika memlalui kawasan tersebut.Petugas itu pun cepat2 memasuki kenderaannya dan mengiringi kenderaan ahmad meninggalkan kawan tersebut. 
Ahmad yang masih bingung..meneruskan perjalanan sambil fikiran berserabut memikirkan siapa wanita itu. dalam hatinya ingin cepat sampai ...sehingga ke hari ni masih terbayang kisah wanita misteri berkenaan. Setiap kali melalui kawasan tersebut hatiny apasti berdebar2 dan rasa ingin cepat2 melewati kawasan tersebut.
Sejak peristiwa itu ahmad mula berkira2 mencari pekerjaan lain yang lebih sesuai......
Nota : Kisah benar seperti yang dicertiakan kepada Mama...tak taulah betul ke tak..sekadar untuk ingatan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads