Sabtu, 10 Mac 2012

04 di ramuan china - Google Blog Search

04 di ramuan china - Google Blog Search


Abang gadis mangsa bom ditahan | Info Gallery

Posted: 02 Mar 2012 10:22 AM PST

ANGGOTA polis bertanya sesuatu kepada Saiful Eszwan berhubung kejadian letupan bom di Ramuan China Besar, Alor Gajah kelmarin.
ANGGOTA polis bertanya sesuatu kepada Saiful Eszwan berhubung kejadian letupan bom di Ramuan China Besar, Alor Gajah kelmarin.

MELAKA – Empat lelaki termasuk kontraktor pembersihan yang sepatutnya menerima bungkusan berisi bom buatan sendiri ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes sebuah kotak meletup sehingga mencederakan seorang gadis di Ramuan China Besar, Alor Gajah kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superitendan Abd. Rahman Jid berkata, tiga daripada empat suspek itu ditahan di sekitar Alor Gajah dan Batu Berendam petang kelmarin manakala abang kepada gadis yang melecur itu ditahan malam kelmarin.

"Empat lelaki itu saling mengenali dan siasatan mengesyaki abang mangsa meminjam duit daripada ketiga-tiga lelaki yang turut ditahan.

"Abang mangsa ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian letupan sehingga mencederakan adik sendiri," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

kredit : kosmo.com.my

Info Gallery - Kekerasan bukanlah cara terbaik menyelesaikan masalah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads