ads

Jumaat, 30 Mac 2012

04 di umbai - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

04 di umbai - Google Blog Search


Welcome To My Life: JJCM ~ Ikan Bakar <b>Umbai</b>

Posted: 30 Jan 2012 08:30 PM PST

Assalamualaikum semua..

Masa cuti CNY haritu aku berkesempatan berkunjung ke Melaka..Seumur hidup aku nilah kali pertama aku menjejakkan kaki di Melaka..hehehehe aku tahu jakun kan:P Bukan pe, dulu masa kecik-kecik manalah mak ayah aku mampu nak bawa kami semua jalan-jalan..Jarak Kelantan-Melaka kan jauh..Lepastu pula kalau ada rombongan sekolah, mak ayah aku tak kasi pergi pula so bila dah tua besar dewasa ni..pergi sendiri jelah bawa anak-anak:P

Kami bertolak agak lewat juga so merasalah makan "jem" di PLUS sekejap..Sampai hotel eh silap, aku rasa tak layak pon panggil hotel, rumah tumpangan kot duduk sekejap kami terus ke Umbai..Kalau ke Melaka, tak sah kalau tak ke sini..Tapi ramai kawan-kawan aku bagitahu yang Umbai dah tak sedap, tempat yang baru nama Crystal Bay yang femes sekarang ni..

Memang aku TERjumpa Crystal Bay tapi masa tu gerai-gerai makan masih belum buka so kami ambil keputusan terus ke Umbai saje..Sampai sana terus pilih ikan-ikan & chop meja tepi muara *konon nak makan sambil tengok sunset kan* tapi takde pon..kami balik sebelum matahari tenggelam pon lagi:P


Nasib baik datang awal..bolehlah kami chop duduk tepi muara yang airnya busuk ni
kat depan kedai-kedai ada orang meniaga macam-macam..Seb baik anak-anak aku takde nak merengek untuk beli patung-patung / belon kat sini..hehehe
Aku makan kat sini lah; Ikan Bakar Parameswara since kedai dia je yang sebelah muara..Memang kedai ni pon yang ramai pelanggan jika dibandingkan ngan kedai lain
Ikan-ikan kat sini memang segar-segar..Aku ambil ikan siakap (pilih yang paling kecil) & ikan pari je
bila dah siap pilih ikan & bagitahu cara masakan ikan tu, diorang akan bagi bil & kita pilihlah meja yang kita nak & letaklah bekas bil bernombor tu atas meja..Haziq ingatkan benda alah tu diorang bagi kat kami..hehehe Seb baik Haziq tak bawa balik:P *dia ingat trofi kot*

Husna yang comot..sekali tengok macam boy lah pula T_____T


Haziq yang happy..sambil makan sambil bagi ikan makan *tapi aku tak nampak ikan pon* Habis sotong celup tepung dia nak baling dalam tu..hamboiiiiiii..

Ashraf yang masa ni sakit mata..tapi takderlah teruk mana pon..sebab tu aku ingat dia dah ok..muka belengas je anak ngan pak=P
nilah ikan siakap 3 rasa kami..Aku cukup kecewa sebabnya korang tengoklah..ikan tu digoreng dah bagus cuma kuahnyaaa..Masya Allah..macam dia taburkan timun batang, nenas yang dah dihiris halus & curah sos cili pasar malam aje..Sedap lagi kedai siam kat rumah aku ni masak tau..Definitely not worth it lah makan kat sini;(
Kami ambil kerang rebus..kerangnya segar cuma kecil-kecil..sekejap je makan habissssssssssssssssss
ni katanya kailan ikan masin tapi aku tengok macam sayur sawi goreng je..tapi takperlah..rasanya bolehlah
owh ini butter prawn..herm..aku rasa kalau aku masak lagi sedap kot *eh betullah, en suami yang cakap macam tu* sebabnya dia punya serdak-serdak tu macam biasa je..i mean takdelah macam yang kita makan kat restoran chinese muslim tu..faham tak?? tak faham?? abaikan:P
sotong celup tepung..sotong tu segar sebab takde bau hanyir pon tapi agak liat juga untuk dimakan:P
ikan pari sibakar dengan sambal..pedas giler sambal ni & tak sedap..Ni hidangan paling last sekali & kami masing-masing dah tak larat dah so there you go membazir seekor ikan hasil dari ketamakan seorang manusia yang nak order macam-macam:P
Secara totalnya kami habis dalam RM150+ (lupa berapa sebab bukan aku yang bayar) untuk 3 orang dewasa & 3 kanak-kanak..Air pula kami minum fresh orange, epal, teh O limau & tebu 2 gelas..
Honestly, harga yang dikenakan sangatlah tak sesuai dengan hasil masakan tu..Tapi takperlah..at least aku dah merasa sekali makan ikan bakar di Umbai..Next time nak try makan di Crystal Bay pula;)

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved