Rabu, 7 Mac 2012

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Integrated Jabatan Kesihatan <b>Negeri Melaka</b> (iJKNM) « Blog ICT <b>...</b>

Posted: 16 Nov 2011 05:52 PM PST

Modul Pengurusan Latihan (e-SpeL) Jabatan Kesihatan Negeri Melaka adalah sistem berasaskan web (web-based system) yang dibangunkan bagi membolehkan Unit Latihan, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka menguruskan program-program latihan dan pembangunan insan untuk kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan PTJ-PTJ dibawahnya. Sistem ini membolehkan jumlah hari berkursus bagi setiap kakitangan dapat dipantau supaya setiap kakitangan dapat mencapai jumlah minima sebanyak tujuh (7) hari berkursus dalam setahun. Sistem ini juga berupaya untuk menyediakan laporan – laporan latihan yang diperlukan oleh pihak pengurusan atasan bagi tujuan analisa perancangan latihan secara berterusan.

Entiti‐entiti yang terlibat secara langsung dalam pembangunan sistem ini adalah seperti berikut :

  1. Unit Pengurusan Maklumat, JKN Melaka sebagai pemantauan teknikal;
  2. Unit Latihan, JKN Melaka sebagai pemilik sistem; dan
  3. Unit Sumber Manusia sebagai pemilik maklumat kakitangan.

Sistem ini mula digunakan pada 12 Mac 2010 oleh pengguna yang terlibat di dalam pengurusan latihan kakitangan iaitu Unit Latihan di :

  1. Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
  2. Hospital Melaka
  3. Hospital Jasin
  4. Hospital Alor Gajah
  5. Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah
  6. Pejabat Kesihatan Daerah Jasin
  7. Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah

Selain daripada itu, sistem ini juga boleh digunakan oleh semua kakitangan di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka untuk mendapatkan maklumat latihan dan  kursus yang dihadiri oleh mereka.

Spesifikasi Teknikal bagi sistem ini adalah seperti berikut:

  1. Merupakan Web-Based Application System (Sistem Aplikasi berasaskan Web);
  2. Dibangunkan dengan menggunakan PHP language 5.3.0;
  3. Aplikasi intranet Jabatan Kesihatan Negeri Melaka;
  4. Menggunakan pangkalan data MySQL 3.1 dan aplikasi XAMPP;
  5. Menggunakan server dalaman Windows Server 2008 bagi antaramuka sistem; dan
  6. Menggunakan server KKM Windows Server 2003 bagi pangkalan data.

Modul yang terlibat terbahagi kepada 2 iaitu:

  1. Modul Pengguna dapat melakukan fungsi paparan :
    1. Senarai Kursus yang telah dihadiri; dan
    2. Senarai Kursus yang ditawarkan
  2. Modul Pentadbir yang terdiri daripada :
    1. Modul Kursus yang terdiri daripada fungsi-fungsi tambah/kemaskini maklumat kursus, pencalonan pegawai untuk menghadiri kursus, senarai kursus yang perlu dihadiri, pengesahan kehadiran , senarai kursus dan calon;
    2. Modul Laporan yang terdiri daripada fungsi penyediaan laporan seperti laporan pegawai yang menghadiri kursus 7 hari atau lebih dan kurang daripada 7 hari;
    3. Modul Analisis yang terdiri daripada fungsi analisis laporan Kursus berdasarkan PTJ, Jawatan dan Gred. Modul ini juga dapat menghasilkan laporan kursus secara tahunan ataupun suku tahun; dan
    4. Manual Admin yang menyediakan manual pengguna bagi pihak pentadbir sistem.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads