Ahad, 15 April 2012

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Feb 2012 04:56 PM PST

URL Sumber Asal :-

Kekecohan Sembrong: Seorang Dilastik Manakala Lelaki Tua <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2012 05:34 PM PST

Malaysiakini

PKR menafikan ceramahnya di Jalan Mersing, Sembrong pada malam Ahad lalu di mana kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah itu diadakan tanpa permit.

"Majlis yang mendapat permit dari pihak polis itu diganggu dari awal hingga akhir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Tujuan mereka ialah untuk menimbulkan kekecohan dan huru-hara," kata Ketua Penerangan PKR, Johor Syed Hamid Ali (kiri) dalam satu kenyataan memperincikan apa yang sebenarnya berlaku pada malam berkenaan.

Menurut beliau, pada kejadian itu, lebih 100 orang yang dipercayai kakitangan dan anak-anak muda yang diupah oleh Umno tempatan telah melakukan segala macam provokasi untuk mengganggu dan mencederakan orang ramai dan pemimpin yang hadir di situ.

"Mereka membuat bising dan menjerit-pekik; buat rioh-rendah dengan membunyikan enjin motorsikal, air horn dan siren.

"Kemudian, berpuluh-puluh anak muda yang bermotosikal terus mengganggu lalu lintas; batu, telor, botol plastik dan mercun bola berterbangan ke arah penceramah dan orang ramai," katanya.

Syed Hamid juga berkata pada malam itu, tidak kurang 4,000 orang membanjiri ruang di hadapan pejabat Cabang Semberong di Batu 4 Jalan Mersing, Kluang untuk mendengar ucapan daripada pemimpin-pemimpin parti peringkat negeri dan pusat.

Antara mereka termasuk ketua umum PKR itu sendiri, dirinya, ahli parlimen Kapar S Manikavasagam dan ADUN Mengkibul Ng Lam Wah.

"Ketika rombongan Anwar sampai di tempat ceramah kira-kira jam 11.30 (malam), suasana menjadi semakin ribut.

"Beliau dan rombongannya diserbu dan dikepung. Pergelutan kecil berlaku sebelum Anwar berjaya diselamatkan.

"Kami diberitahu, seorang mengalami cedera ringan di dahi dipercayai akibat dilastik; seorang lelaki tua cedera dibaling kayu; bendera PKR dibakar; cermin kereta Anwar pecah dan pintunya kemek," katanya.

Sehubungan dengan kejadian itu, katanya PKR menuntut supaya pihak polis bertanggungjawab untuk melakukan penyiasatan secara profesional.

Syed Hamid juga berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein selaku Ketua Bahagian Umno Semberong dan ahli parlimen kawasan itu juga perlu bertanggungjawab atas peristiwa buruk dan memalukan itu.

Kejadian itu antara beberapa siri gangguan yang disaksikan sejak beberapa minggu kebelakangan ini apabila pemimpin Pakatan cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pada 13 Februari lalu, kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap, Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.

Manakala pada Jumaat lalu pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.

Malah, Anwar terpaksa membonceng motosikal untuk menuju ke lokasi ceramahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads