Khamis, 3 Mei 2012

04 di sungai udang - Google Blog Search

04 di sungai udang - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai udang</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Apr 2012 11:39 AM PDT

URL Sumber Asal :-

MTES Sedia Plan Selesaikan Masalah Banjir Kampung <b>Sungai Udang</b>

Posted: 30 Mar 2012 06:17 AM PDT

KLANG, 30 MAC: Kerajaan Selangor akan mencari jalan agar masalah banjir kilat yang  berlaku di Kampung Sungai Udang hari ini dapat dielakkan pada masa hadapan.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini, kerajaan negeri akan merangka satu kertas kerja bagi usaha itu untuk dibincang di dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

Kerta kerja tersebut akan dirangka bersama Jabatan Parit dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan agensi-agensi lain kerajaan.

Menurut beliau, banjir yang berlaku di kawasan terbabit dipercayai kerana masalah peparitan dan kawasan penempatan yang rendah.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar yang diadakan bilik gerakan bantuan banjir yang dibuka oleh Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali.

Dr Halimah pula berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mengumpul data-data kerugian penduduk di kampung-kampung yang dilanda banjir untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri.

"Hingga sekarang kira-kira 700 borang bancian yang kita edarkan pagi tadi telah pun diisi dan dikembalikan pun kepada pihak kami.

"Melalui data yang kita perolehi, kita akan buat bancian dan akan kemukakan kepada kerajaan negeri supaya dapat dikenal pasti jenis bantuan yang diperlukan penduduk," kata Dr Halimah.

Dianggarkan lebih 700 keluarga telah terjejas akibat banjir yang melanda Kampung Delek dan Kampung Sungai Udang dan kawasan berdekatan.

Sementara itu, menurut seorang mangsa banjir yang mahu dikenali sebagai Shila, 27 tahun, banjir tersebut berlaku selepas kawasan tersebut dilanda hujan lebat semenjak awal pagi.

"Mengikut kata, hujan turun dari pukul 3.30 pagi. Saya tak keluar rumah. Bila saya nak pergi kedai saya pukul 9.00 pagi, saya tengok kawasan Kampung Sungai Udang dah banjir.

"Kedai saya pun air dah naik sampai paras betis. Lima komputer yang sedang dibaiki rosak dan beberapa aksesori telah rosak," ujar beliau yang merupakan pengusaha kedai membaiki komputer.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads