Bekas Ketua Wanita UMNO ditemui mati
Oleh AMRAN MULUP
pengarang@utusan.com.my
AHLI keluarga tidak dapat menahan sebak selepas Amrah@Sareah Abd. Rahman ditemui mati di rumahnya di Ramuan China Kecil, Alor Gajah, Melaka, semalam.
ALOR GAJAH 4 April- Bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan Solok Limau Nipis pada 1980-an, Amrah@Sareah Abd. Rahman, 78, ditemui mati di rumahnya di Batu 24, Ramuan China Kecil di sini hari ini.
Mayat mangsa ditemui anaknya, Abdul Ghafar Daud, 55, dalam keadaan hidung berdarah serta mukanya ditutup dengan bantal dan kain kira-kira pukul 8 pagi.
Abdul Ghafar ketika ditemui di tempat kejadian berkata, dia berasa curiga dan berpatah balik ke rumah ibunya selepas menghantar sarapan sebelum itu.
"Hampir setiap pagi sebelum saya pergi kerja, saya akan menghantar sarapan ke rumah ibu saya melainkan Sabtu dan Ahad.
...
Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan