Sabtu, 28 Julai 2012

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai rambai</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Apr 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai rambai</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jun 2012 09:23 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai rambai</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Apr 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai rambai</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Apr 2012 09:52 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai rambai</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Apr 2012 09:18 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai rambai</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Mar 2012 09:52 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Manfaatkan Perpustakaan Desa 1Malaysia <b>Sungai Rambai</b>

Posted: 27 Mar 2012 09:54 AM PDT

Manfaatkan Perpustakaan Desa 1Malaysia Sungai Rambai

HASAN Rahman (berdiri kiri) melihat kemudahan dan koleksi buku di Perpustakaan Desa 1Malaysia di Kompleks Japerun Sungai Rambai, Jasin, Melaka, baru-baru ini.


JASIN 26 Mac - Perpustakaan Desa 1Malaysia Sungai Rambai yang baru dibuka akan dijadikan institusi yang mesra untuk seluruh penduduk setempat dalam usaha menggalakkan minat membaca.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman berkata, perpustakaan yang dibina dengan kos RM150,000 itu menyediakan pelbagai bacaan yang mampu memenuhi cita rasa dan keperluan semua golongan termasuk pelajar sekolah.

Menurutnya, perpustakaan tersebut juga mampu menarik golongan warga emas untuk memanfaatkan bahan bacaan yang disediakan.

Beliau berkata, ia turut dilengkapi dengan kelengkapan dan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi memastikan pembangunan perpustakaan desa setanding dengan kemajuan yang ada di perpustakaan di kawasan bandar.

"Setakat ini 9,300 koleksi buku disediakan di perpustakaan ini termasuk bahan bacaan agama, akademik, masakan dan keusahawanan.

"Perpustakaan baru ini dibuka untuk seluruh masyarakat di DUN Sungai Rambai untuk manfaatkan bahan bacaan. Di samping itu lebih banyak koleksi akan dimuatkan bagi menambah tarikan," katanya.

Beliau berucap merasmikan bangunan baru Perpustakaan Desa 1Malaysia, Sungai Rambai baru-baru ini yang turut dihadiri Pengerusi Perpustakaan Awam Malaysia Melaka, Datuk Abdul Wahab Abdul Latip.

Mengulas lanjut Hasan berkata, kemudahan ICT yang disediakan adalah antara usaha membantu masyarakat desa menggunakan kemudahan komputer dan internet di perpustakaan.

Beliau menambah, usaha membina bangunan baru perpustakaan itu membuktikan kerajaan amat komited dan bersungguh-sungguh untuk memajukan masyarakat luar bandar bagi membolehkan golongan itu tidak terpinggir menikmati program pembangunan yang diatur oleh kerajaan.

Menurutnya, satu lagi perpustakaan baru yang berkapasiti besar akan dibangunkan di kawasan tersebut bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.

"Ada keperluan untuk sebuah perpustakaan yang lebih selesa dan besar dibina di Sungai Rambai untuk memperbanyakkan lagi koleksi bacaan umum," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads