di negeri melaka - Google Blog Search |
mi1: Lim Guan Eng: Saya bukan Chua Soi Lek Posted: 04 Jul 2012 05:47 PM PDT Saya ingin mengecam sekeras-kerasnya mengenai cubaan membunuh karektor peribadi yang dilakukan bukan sahaja terhadap diri saya tetapi juga terhadap isteri dan anak-anak saya oleh Barisan Nasional dan MCA. Jelas BN mengamalkan politik kotor dengan cuba menjatuhkan pemimpin yang dipilih secara demokratik bahkan menyerang ahli-ahli keluarga yang tidak bersalah. Sebelum ini anak saya yang berumur 15 tahun, yang masih di bawah umur, dituduh melakukan pencabulan seksual terhadap rakan wanita sekelasnya oleh laman web UMNO, iaitu UMNO Online serta Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan blog-blog pro-UMNO. Gambar wanita yang kononnya menjadi mangsa anak saya tersiar di internet. Mangsa wanita yang dikatakan itu telah dikenal pasti sebagai Anya Corke, juara catur dari Hong Kong yang tidak pernah langsung bertemu saya atau anak saya. UMNO Online atau Khairy Jamaludin tidak pernah meminta maaf atas pembohongan mereka dan tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ke atas laporan polis yang difailkan oleh saya. Sebaliknya, tindakan segera diambil hanya apabila terdapat kempen yang memburuk-burukkan pemimpin BN. Setelah gagal untuk menghancurkan hidup anak saya dan gagal untuk menjejaskan saya, jentera media BN kini telah melaksanakan satu lagi kempen keji, kali ini melalui perbuatan memburukkan isteri saya melalui MCA. Pengerusi MCA Melaka, Gan Tian Loo telah menyalahgunakan keistimewaan dan jaminan perlindungan di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka dengan membuat dakwaan palsu mengenai skandal moral terhadap saya dan isteri di dalam dewan tersebut. Saya mahu Gan untuk mengulangi tuduhan itu di luar supaya saya dan isteri boleh membuat saman fitnah kerana mengeluarkan kenyataan yang kurang ajar atau biadap itu. Jika Gan tidak berani berbuat demikian, maka dia telah menunjukkan dirinya sebagai seorang yang pengecut dan tidak layak untuk menjadi seorang pemimpin, ahli EXCO dan wakil rakyat. Lebih teruk lagi, dia akan menunjukkan dirinya sebagai orang yang tidak layak untuk menjadi suami dan bapa kepada anak-anaknya kerana sanggup membuat tuduhan palsu terhadap orang lain untuk menghancurkan bukan sahaja karier politik tetapi juga kebahagiaan rumah tangga orang lain. Apakah jenis pemimpin seperti Gan ini apabila dia sanggup dipergunakan sebagai orangsuruhan UMNO untuk bermain politik longkang itu? Ulangi kenyataan di luar supaya saya dan isteri boleh buktikan di mahkamah bahawa Lim Guan Eng bukanlah seperti Chua Soi Lek. DAP tidak pernah terlibat dalam politik longkang. DAP tidak pernah menyalahgunakan keistimewaan dan prosiding Parlimen untuk menyerang Presiden MCA Chua Soi Lek atas salah laku peribadi apabila terdedah video lucah beliau dengan seorang wanita yang bukan isterinya. Sebaliknya serangan terhadap Soi Lek dibuat oleh pemimpin-pemimpin MCA sendiri semasa krisis parti MCA. Walau bagaimanapun saya kecewa kerana walaupun DAP telah menahan diri daripada menyerang peribadi Soi Lek, MCA tanpa segan silu telah merendahkan maruah mereka. Justeru, saya tidak meminta Chua Soi Lek untuk mengarahkan Gan mengulangi dakwaan palsu terhadap saya di luar Dewan Undangan Negeri Melaka. Ini kerana Soi Lek tidak ada kuasa moral untuk mengarahkan orang bawahannya memandangkan Chua juga mempunyai skandal moral sebelum ini. Sebaliknya saya mahu Perdana Menteri Najib Razak mengarahkan MCA untuk mengulangi dakwaan palsu mereka di luar Dewan Undangan Negeri Melaka bahawa isteri saya telah menyerang bekas kakitangan saya kerana mempunyai hubungan yang rapat dengan saya. Saya tidak mempunyai mana-mana hubungan rapat atau rahsia dengan bekas kakitangan saya. Isteri saya tidak pernah menyerang saya atau sesiapa pun dalam hidupnya. Biar saya dan isteri saya membuktikannya di mahkamah bahawa MCA berbohong dan meminta MCA mendedahkan cubaan untuk membunuh karektor dan mendedahkan sumber maklumat palsu ini. Biar MCA mengulangi dakwaan mereka di khalayak ramai supaya saya dan isteri boleh buktikannya di mahkamah bahawa "Lim Guan Eng bukan Chua Soi Lek". *Lim Guan Eng (gambar kanan) ialah Setiausaha Agung DAP, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap ahli parlimen Bagan. | ||||||||||||||
BLOG MELAKA: <b>di negeri melaka</b> - Google Blog Search Posted: 02 Jul 2012 03:42 AM PDT URL Sumber Asal :-
|
You are subscribed to email updates from di negeri melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan