Khamis, 27 September 2012

04 di batu berendam - Google Blog Search

04 di batu berendam - Google Blog Search


RASEDY CANOPY: RASEDY <b>di Batu Berendam</b>

Posted: 09 Sep 2012 06:48 PM PDT


Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami memohon restuMu, berkatilah majlis tersebut, limpahkanlah barakah dan rahmat ke atas pasangan suami isteri tersebut, jadikanlah rumahtangga mereka aman dan bahagia dalam ketaatanMu, kurniakan kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah, serta berilah ketenangan kepada mereka di dunia dan di akhirat. Sempurnakanlah agama mereka dengan ikatan ini.

Alhamdulillah selesai sudah majlis persepsi 2 pasangan pengantin di Batu Berendam pada 2 September yang lalu.

Majlis tersebut meraikan pasangan anak kepada Bapa saudara iaitu Encik Sudin bin Hashim. Kedua mempelai tersebut ialah Nurul Farrahida & Muhammad Lokman Al-Hakim dan Adiknya Muhammad Zaihan & Rabiatul Adawiyah. Majlis tersebut telah dikunjungi lebih dari 2000 hadirin termasuk keluarga yang jauh mahupun yang dekat.

Majlis tersebut bermula dengan Majlis Akad Nikah Lokman dan Farah pada Khamis malam  30 Ogos 2012 diikuti dengan Majlis akad nikah adiknya Zaihan dan pasangannya Adawiyah pada petang 31 Ogos 2012.

Majlis tersebut diserikan lagi dengan majlis Cukur jambul 3 cucu saudara tuan rumah iaitu Arisha, Shahir dan Hafiz pada sabtu malam. Diikuti dengan perarakan kedua-dua pasangan pengantin pada Ahad 2 September 2012.

Di akhir majlis tersebut, tidak "Melaka" sekiranya tidak bermain "arang". Permainan ini merupaka gurau senda dikalangan ahli keluarga setelah penat melayan tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan pasangan pengantin. Beberapa acara sukaneka turut diadakan yang menawarkan beberapa hadiah yang menarik. Antara acara yang telah dijalankan ialah rebut kerusi, Chicken dance bagi kanak-kanak, dan mencari harta karun.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads