Jumaat, 19 Oktober 2012

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Oct 2012 01:17 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Warung Pak Mat Goreng Pisang <b>di Lubok China</b>, Melaka

Posted: 07 Oct 2012 04:26 AM PDT

Semasa Perjalanan pulang dari Melaka ke Putrajaya
aku telah memilih jalan Pantai Klebang-Sg Udang-Masjid Tanah-Lubok China-Seremban-Rantau-Nilai-Sg Merab-Putrajaya.
Tiba di Lubok China, Melaka jumpa satu warung tepi jalan
bertentangan dengan Klinik Kesihatan Lubok China, Melaka dan sebelah Pos Malaysia Lubok China, Melaka...

BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search

Posted: 04 May 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search

Posted: 04 May 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search

Posted: 04 May 2012 01:28 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Apr 2012 01:07 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Dah 10 kali diserbu , <b>lubuk China</b> Doll terus gah beroperasi <b>di</b> P <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2012 05:07 PM PDT

FAKTA :  Dah 10 kali serbuan oleh IPD Timur Laut , tetapi terus beroperasi ...Apa maknanya ini ?

Siapa yang keluarkan lesen hiburan ?? Jawapannya PBT ( MPPP)   dan dibawa kerajaan regim DAP ..Selagi lesen ada dan pusat hiburan tak disita, ia akan terus berjalan seperti biasa..

Ini membuktikan pusat hiburan , maksiat  dilindungi taiko besar punya iaitu regim DAP . Yang peniaga2 kecil terus diberi notis roboh ...itu lah beza darjat pusat hiburan dengna gerai penjaja di PP  ...



GEORGE TOWN: Sebuah pusat hiburan di sini yang diserbu lebih 10 kali kerana mengupah wanita warga asing sebagai pelayan pelanggan (GRO), didapati terus mengulangi kesalahan itu malam tadi.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng, berkata dalam operasi pada pukul 10.30 malam itu, 17 wanita warga China berusia antara 20an dan 30-an diberkas sepasukan anggota Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.


"Beberapa orang daripada mereka cuba meloloskan diri dan bersembunyi dalam bilik tetapi usaha mereka gagal kerana pusat hiburan itu sudah dikepung," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.


Polis turut menahan seorang lelaki yang dipercayai penjaga premis itu.


Gan berkata serbuan itu dilakukan selepas pemantauan mendapati pusat hiburan itu masih menyediakan khidmat GRO warga asing.Katanya operasi berkenaan juga bertujuan membanteras kegiatan maksiat dan penyalahgunaan dadah di pusat hiburan.


"Siasatan lanjut akan dilakukan untuk mengenal pasti pihak yang terbabit dalam kegiatan membekalkan warga asing ke pusat hiburan itu selain mengesan pemilik premis itu," kata Gan.


Katanya pemantauan dan pemeriksaan akan diteruskan bagi memastikan kegiatan mengupah wanita warga asing untuk bekerja sebagai GRO dapat dibendung. - BERNAMA

Komen GPB 

GPB tak sangka ramai penyokong Anugay  marah tentang cerita Pub di Permatang Pauh terdapat penari tiang itu.  Minta ditunjukkn bukti mana Pub terbabit ...hahaha .

Pi tanya Amir Ghazali la .. apa guna  dia  sebagai Ahli Majlis MPSP  ??  Makan elaun buta ka ...hahaha..

BLOG MELAKA: 04 <b>di</b> ramuan <b>china</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2012 09:27 PM PDT

URL Sumber Asal :-

KELAB GREENBOC: Negara Paling Selamat? Bekas Ketua Wanita <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2012 08:01 PM PDT

Nenek maut muka diserkup selimut, bantal

ALOR GAJAH: Bekas Ketua Wanita UMNO cawangan Solok Limau Nipis, ditemui mati dalam keadaan hidung berdarah di kediamannya di Batu 24, Kampung Ramuan Cina Kecil, Lubok Cina, Masjid Tanah, dekat sini, pagi semalam.

CUCU mangsa, Azniza Abd Latif (kanan) tidak dapat menahan kesedihan melihat mayat Sareah (gambar kecil) di Alor Gajah, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, berkata Sareah Abd Rahman, 78, ditemui seorang anak lelakinya, Abd Ghafar Daud, ketika berkunjung ke situ jam 8 pagi. Katanya, polis belum dapat mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan.

"Mayat wanita ini ditemui dalam keadaan terbaring atas katil di bilik tengah rumahnya dengan muka ditutup kain selimut dan bantal. Pemeriksaan lanjut mendapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan luaran.

"Siasatan awal polis setakat ini mendapati tiada kesan pecah masuk di rumah itu, manakala barangan berharga termasuk wang tunai juga tidak hilang.

Berdasarkan soal siasat, kali terakhir dia dilihat pada jam 3.30 petang kelmarin," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.

Sareah yang juga saudara kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Datuk Latipah Omar menjadi Ketua Wanita UMNO cawangan Solok Limau Nipis pada awal 1980-an dan bersara daripada politik sejak lebih 15 tahun lalu.
Umar Ali berkata, pihaknya perlu menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 06-5562222.

Sementara itu, Abd Ghafar, 57, berkata beliau setiap hari menghantar sarapan kepada ibunya sebelum ke tempat kerja.

"Saya memanggil emak tetapi dia tidak menyahut. Saya kemudian meninggalkan sarapan untuknya dan terus ke tempat kerja.

"Apabila balik semula untuk memeriksa keadaannya, saya menemui emak terbaring di atas katil," katanya. -BH

Maut ditekup bantal

ALOR GAJAH - "Saya lihat plastik berisi kuih masih tergantung di pagar kawasan rumah menyebabkan saya rasa tidak sedap hati," kata Abd Ghafar Daud, 57.

Abd Ghafar adalah anak kedua kepada seorang warga emas yang ditemui mati, dipercayai lemas akibat mukanya ditekup dengan bantal di Kampung Ramuan China Kechil, Lubok China, di sini semalam.

Abd Ghafar berkata, biasanya dia akan menghantar sarapan pagi untuk ibunya, Sareah Abdul Rahman, 78, dengan menggantungkan plastik berisi makanan di pagar rumah dan ibunya akan mengambilnya sendiri.

"Pagi tadi (semalam) saya hantar sarapan pagi kira-kira jam 7.30 pagi sebelum pergi kerja.

"Kira-kira setengah jam selepas itu, saya berpatah balik melalui jalan di hadapan rumah emak tetapi saya hairan melihat plastik berisi kuih masih lagi tergantung menyebabkan saya tidak sedap hati dan mengesyaki sesuatu," katanya.

Menurutnya, dia segera masuk ke dalam rumah dan mendapati pintu terbuka sedikit sebelum melihat mangsa terbaring kaku atas katil di bilik belakang dengan keadaan muka ditekup dengan bantal yang dialas dengan kain selimut.

"Saya terkejut lihat keadaan emak dan terdapat juga kesan darah di hidungnya.

"Lebih menyayat hati, urat tangan emak kelihatan timbul, mungkin kesan daripada cubaan­nya mahu melepaskan diri," katanya.

Abd Ghafar berkata, kea­daan bilik juga berselerak dan dompet milik emaknya turut diselongkar.

"Terdapat juga beberapa keping sampul duit raya bertaburan atas lantai bilik.

"Malah selepas diperiksa, pintu bahagian belakang rumah juga ada kesan diumpil," katanya.

Menurutnya, berikutan itu, dia segera menghubungi polis memaklumkan kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, mangsa dipercayai lemas selepas mukanya ditekup dengan bantal.

Menurutnya, tiada kecederaan serius pada badan mangsa, namun terdapat darah keluar daripada hidung dipercayai akibat pergelutan.

"Siasatan awal mendapati, kali terakhir mangsa dilihat berada di rumah adalah sekitar 3.30 petang kelmarin (Selasa).

"Polis akan menjalankan siasatan terperinci untuk memastikan sama ada keja­dian ini melibatkan rompakan," katanya.

Umar Ali Saifuddin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah menerusi talian 06-5562222 untuk membantu siasatan. -SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads