Isnin, 29 Oktober 2012

04 di masjid tanah - Google Blog Search

04 di masjid tanah - Google Blog Search


Hanif Bin Idrus Blog: HanifIdrus:Mesin ATM diletup <b>Di Masjid Tanah</b> <b>...</b>

Posted: 13 Aug 2012 07:15 AM PDT

Semalam aku ada baca berita kat Masjid Tanah, Melaka, mesin ATM kena bom dengan tujuan nak curi duit ATM.
Tah macam mana pula, bom tu terlebih kuat hingga meranapkan bank Rakyat tu.

Dulu kalalu nak curi mesin ATM , ikat rantai besi kat mesin ATM kemudian guna kereta pacuan empat roda tarik sekali mesin ATM ini. Kali ini pakai bom pula.
Advance dan ganas penjenayah Malaysia ini.... aku muskil dari mana dia dapat bom tu yek...
Takkan mercun dia beli banyak-banyak dan kemudian campurkan semua serbuk tu jadikan bom?
Setahu aku Masjid Tanah dekat dengan kem tentera, mungkin dia orang tibai kot dari sana...hehehehe.

Walau apapun , niat tak tercapai..bukan kau tak dapat duit tapi kau musnahkan bank tu sekali..heheheheh
Jom baca berita ini..

Hajat sekumpulan penjenayah merompak sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Masjid Tanah di sini semalam gagal apabila bahan letupan yang digunakan gagal memecahkan peti simpanan wang di dalam mesin tersebut.
Dalam kejadian pada pukul 3.20 pagi itu, hanya bahagian luar mesin ATM yang rosak tetapi peti simpanan di dalam mesin ATM yang menyimpan wang langsung tidak terjejas.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, kejadian itu dipercayai membabitkan empat lelaki yang menunggang dua buah motosikal.
"Perompak memasang sejenis bahan letupan pada sebuah mesin ATM di bank tersebut dengan tujuan untuk merompak wang.
"Bagaimanapun, selepas diletupkan mesin ATM tidak terbuka dan hanya bahagian luar mesin yang rosak teruk," kata beliau dengan memberitahu keempat-empat suspek memakai jaket hitam dan bertopi keledar.
Menurut beliau, akibat letupan kuat, bukan saja mesin ATM tersebut rosak teruk malah sebuah lagi mesin ATM dan sebuah mesin deposit tunai (CDM) turut rosak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads