04 di sungai udang - Google Blog Search |
PKMAF: GERAI CEMPEDAK AL-FATEH <b>DI</b> KG. <b>SUNGAI UDANG</b> <b>...</b> Posted: 29 Jul 2012 09:59 AM PDT 24 Julai 2012, Selasa. Lokasi Kampung Sungai Udang Kelang. Pembukaan gerai kedua cempedak al-Fateh telah dilangsungkan dengan rasminya oleh Penaung PKMAF. Melalui rakan ahli iaitu En. Izzat Apek, beliau telah mendapat laluan untuk menyewa sebuah gerai di tapak lot bernombor 241 di bazar Ramadhan Kg. Sungai Udang Kelang. Gerai kedua al-Fateh ini dikendalikan oleh En. Fadzli dan En. Yuslan selaku pembantu di bawah seliaan CEO PKMAF En. Mohd. Zaharin. Gerai dibuka dari jam 3.00 petang dan berakhir jam 7.30 malam sehingga waktu berbuka puasa. En. Izzat Apek yang mempunyai restoran makanannya di seksyen 7 Shah Alam telah meminjamkan 3 orang pekerjanya untuk membantu dalam urusan menggoreng cempedak digerai ini. Perkembangan perniagaan cempedak amat memberangsangkan dan sentiasa laris. Menurut En. Fadzly, cempedak yang digoreng tak sempat sejuk, pasti laris dibeli pelanggan. Jualan cempedak mendapat sambutan hangat dan ada saja pelanggan yang bertanya untuk menikmati rasa cempedak al -Fateh ini. Dengan perkembangan gerai yang positif ini, Penaung PKMAF dan krew chef Al-Fateh mengambil langkah inisiatif untuk menghasilkan produk terbarunya iaitu cucur udang, bersesuaian dengan nama lokasi Kg. Sungai Udang. Dengan kepakaran penaung PKMAF yang mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam masakan, beliau telah mereka cipta menu cucur udang istimewa, tidak ketinggalan juga ramuan cempedak ditambah baik perasanya agar lebih asli. Percubaan demi percubaan dan hasilnya wujudlah cempedak dan cucur udang al-Fateh. Memetik kata-kata chef PKMAF iaitu Penaung PKMAF: "Untuk menghasilkan cempedak dan cucur udang yang lazat dan digemari pelanggan, ramuan bancuhan haruslah betul dan tepat sehingga rasa cempedak lebih ketara dari perasa tepung diluar, cempedak akan mencair dirongga mulut lalu mudah dihadam ke dalam perut." En. Fadli diberikan tanggungjawab untuk mencuba jaya akan ramuan istimewa cempedak al-Fateh ini. Kepada sekalian pembaca dan pelawat blog ini, anda sangat dialu-alukan untuk menikmati ramuan cempedak dan cucur udang al-Fateh di bazar Ramadhan Kg. Sungai Udang. Beli sambil beramal dan menghulurkan dana untuk pembangunan PKMAF yang bertunjangkan kebajikan ahli dan masyarakat amnya. Sementara masih beroperasi marilah kita sama-sama jayakannya demi mencari keredhaan ilahi. Wassalam. |
You are subscribed to email updates from di sungai udang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan