04 di sungai udang - Google Blog Search |
Benih <b>Udang</b> Galah Dilepaskan <b>Di Sungai</b> Linggi, Melaka <b>...</b> Posted: 23 Oct 2012 07:00 PM PDT ALOR GAJAH – Pengarah Perikanan Melaka, Rosmawati Ghazali memaklumkan peningkatan pelepasan benih udang galah di Sungai Linggi dikenal pasti berpotensi bagi pembiakan hasil laut itu untuk sumber perikanan di negeri ini. Program yang dilaksanakan sejak 2011 itu bertujuan menambah dan mengekalkan stok udang galah yang semakin berkurangan berpunca dari aktiviti penangkapan tidak terkawal. "Sebanyak 210,000 ekor benih udang galah telah dilepaskan di sepanjang Sungai Linggi hingga Sungai Ramuan Cina mampu meningkatkan hasil tangkapan lebih 450 nelayan berdaftar di kawasan Melaka Barat," katanya. Beliau berkata selain pelepasan benih udang galah di sepanjang sungai berkenaan, pihaknya turut melaksanakan pelepasan benih ikan di beberapa sungai termasuk Sungai Air Panas Tehel dan Sungai Malim bagi melestarikan sumber perikanan. Rosmawati berkata sebanyak 83,000 ekor benih anak ikan puyu dan lampam telah berjaya dilepaskan di beberapa sungai di negeri itu di bawah program sama. Majlis pelepasan tersebut disempurnakan Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Linggi, Datuk Ar Ismail Othman. |
Program Pelepasan Umum Benih Anak <b>Udang</b> Galah <b>Di Sungai</b> <b>...</b> Posted: 22 Oct 2012 11:51 PM PDT Selaras dengan usaha berterusan Jabatan Perikanan melestarikan sumber perikanan, Jabatan Perikanan telah mengadakan satu Program Pelepasan Benih Udang Galah di Sungai Linggi pada hari ini. Sebanyak 110,000 ekor benih udang galah akan dilepaskan oleh YB. Datuk Ar Hj. Ismail Bin Hj. Othman, ADUN Kuala Linggi. Pelepasan benih udang ini, bertujuan untuk meningkatkan stok udang galah yang semakin berkurangan ekoran aktiviti penangkapan yang tidak terkawal dan terdapat penyalahgunaan peralatan penangkapan. Dengan adanya program seperti ini, ia juga secara tidak lansung akan meningkatkan sosioekonomi penduduk tempatan terutamanya nelayan-nelayan sungai. Program pelepasan umum ini dibuat adalah selari dengan penubuhan RTC Kuala Linggi yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 10 November 2012. Inisiatif penubuhan RTC ini memenuhi konsep strategi lautan biru 4 (National Blue Ocean Strategy) dimana penduduk berhampiran akan menerima manfaat hasil penyediaan perkhidmatan secara berpusat dan berintegrasi bagi memudahkan urusan masyarakat luar bandar dalam menjalankan aktiviti ekonomi mereka yang mampu memberi impak dan pendapatan berganda. Justeru itu, program seperti ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan sosio ekonomi dan sosial penduduk bagi meralisasikan program tranformasi ekonomi (ETP) dan program tranformasi kerajaan (GTP) untuk memacu Malaysia ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. |
You are subscribed to email updates from di sungai udang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan