Isnin, 8 Oktober 2012

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


PERTANDINGAN AMALAN HIJAU KERAJAAN <b>NEGERI MELAKA</b> <b>...</b>

Posted: 25 Sep 2012 06:21 PM PDT

PEMASANGAN LAMPU JALAN LED DI PERSIMPANGAN SUNPOWER, REMBIA, DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA – 21 SEPTEMBER 2011

Pertandingan Amalan Hijau Kerajaan Negeri Melaka adalah untuk mengurangkan kesan nagetif terhadap alam sekitar oleh aktiviti dan amalan seharian di tempat kerja di samping menggalakkan jabatan atau agensi mengamalkan penggunaan teknologi hijau di pejabat masing. Pertandingan yang bermula sejak Februari 2012 sehingga Disember 2012 merupakan pertandingan yang diwajibkan kepada semua jabatan atau agensi di Negeri Melaka.

Pertandingan ini diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkan kesedaran kepada penjawat awam mengenai kepentingan melaksanakan amalan hijau dan menerapkan nilai-nilai hijau di kalangan sektor awam. Setelah diumumkan sebagai pemenang suku pertama bagi pertandingan Amalan Hijau pada 13.8.2012, Majlis Perbandaran Alor Gajah berhasrat untuk mengekalkan serta mempertingkatkan lagi amalan hijau di sekitar kawasan Alor Gajah terutamanya di kawasan Rembia.

PEMASANGAN SOLAR PANEL DI PERHENTIAN BAS DI HADAPAN KILANG SUNPOWER, REMBIA, DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA – 12 OKTOBER 2011

Pelbagai projek pembangunan berteraskan hijau telah dijalankan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah bagi menunjukkan sokongan ke atas misi Kerajaan Negeri Melaka ke arah  mencapai Bandar Teknologi Hijau menjelang tahun 2020. Antara usaha MPAG adalah dengan memasang solar panel di perhentian bas di hadapan kilang Sunpower serta mengantikan 10 unit lampu konvensional dengan lampu jalan LED di persimpangan Sunpower yang merupakan projek perintis dan merupakan salah satu kompenen pembangunan kawasan Melaka World Solar Valley. Selain itu 12 unit lampu LED juga telah dipasang di Pulau Sebang dimana jangka hayatnya adalah 50, 000 jam atau 11 tahun 6 bulan jika dipasang selama 12 jam sehari.

Kini MPAG sedang giat berusaha untuk menjayakan projek terbarunya untuk memasang panel suria di atas bumbung rumah di Taman Rembia Perkasa yang berada di kawasan Melaka World Solar Valley. Projek yang dilaksanakan bersama Yayasan Melaka, Green Earth Design Solutions Sdn Bhd ini dijangka melibatkan 400 unit rumah yang terbahagi kepada 4 fasa. Projek ini dijangka akan dilancarkan pada awal bulan Oktober 2012. Pihak MPAG yakin projek ini dianggarkan dapat membantu mengurangkan pembakaran arang batu dan seterusnya dapat mengurangkan pembebasan karbon dioksida.

PONDOK MENUNGGU BAS SOLAR DIWAKTU MALAM

Majlis Perbandaran Alor Gajah juga merangka untuk membina masjid solar di dalam kawasan Melaka World Solar Valley yang bakal memuatkan 3, 000 orang jemaah. Apa yang menarik tentang pembinaan masjid ini adalah penggunaan konsep "Low  Energy Building" yang menggunakan tenaga elektrik yang dijana oleh panel suria pada bumbung masjid.

Selain dari projek pembangunan hijau yang giat dijalankan, MPAG juga menawarkan kursus Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau bagi anggota MPAG. Bagi mereka yang berkongsi kenderaan dan menggunakan kenderaan hybrid, MPAG menyediakan tempat letak kereta khas. Selain itu, MPAG juga turut menyediakan bilik mandi bagi anggota MPAG yang menggunakan basikal ke tempat kerja. Bagi menjimatkan penggunaan air, MPAG mengambil alternatif menggunakan aerator untuk pili air di tandas-tandas MPAG.Majlis Perbandaran Alor Gajah akan terus merancang dan melaksanakan projek-projek Teknologi Hijau pada masa hadapan.

ROOF MOUNTING DIPASANG ATAS BUMBUNG

PENYEDIAAN TEMPAT LETAK BASIKAL , TEMPAT LETAK KENDERAAN "BERKONGSI KENDERAAN " DAN KERETA HYBRID DI MPAG

SURAT BUKTI AGENSI KERAJAAN <b>NEGERI MELAKA</b> <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2012 09:45 AM PDT

Majlis perkahwinan anak Ali Rustam semakin panas...
kejap Ali Rustam kata murah je belanja kahwin tu..
lepas tu pulak setiausahanya kata semuanya free dan dibuat secara percuma oleh pengendali perkhidmatan yang terlibat...
lepas tu Ali Rustam kata perbelanjaan yang murah dimaksudkannya tu adalah  HANYA bernilai RM600,000 untuk 60,000 orang...
Ali kata satu kepala RM10 jer... tu yang dia kata murah sesangat tu...

Tapi sekarang ni...
tersebar pulak satu surat yang menunjukkan agensi kerajaan negeri Melaka
dipergunakan...

Surat tersebut adalah surat untuk memanggil pihak-pihak agensi kerajaan Negeri bagi mengadakan satu mesyuarat khusus untuk majlis perkahwinan anak lelaki Ali Rustam...

Perkara dalam tajuk surat tersebut ialah : "Mesyuarat Majlis Persiapan Hiasan Luaran, Kebersihan Dan Logistik Sempena Majlis Perkahwinan Anak YAB Ketua Menteri Melaka" 

Surat tersebut ditujukan kepada orang-orang penting agensi Kerajaan Negeri Melaka :-  

  • Tuan Haji Kamaruddin Mat Shah (Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Alor Gajah)
  • Encik  Shahdan Othman (Setiausaha Majlis Perbandaran Alor Gajah) 
  • Tuan Haji Murad Bin Husin (Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Jasin)
  • Puan Ainu Nizla Kasman (Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin)
  • Ir. Haji Zainuddin Bin Abdul Samad  (Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal)
Anak lelaki Ali Rustam nak kahwin tapi agensi kerajaan negeri dipergunakan..?

Dan menurut satu pendedahan...
di dalam minit mesyuarat berkenaan juga menyatakan bahawa tiada bil perlu dituntut daripada ketua menteri dan semuanya percuma.

Anak lelaki Ali Rustam ni siapa..?


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads