04 di ayer keroh - Google Blog Search |
Kemalangan Maut <b>Di Ayer Keroh</b> [video + gambar] - hotlips corner Posted: 24 Sep 2012 08:00 PM PDT MELAKA: "Saya hanya mampu melihat pemandu lori itu melambaikan tangan dan menggerakkan kepalanya beberapa saat untuk meminta bantuan sebelum dia terkulai di tempat duduknya," kata R Sivakumar, 32. Dia saksi kejadian kemalangan maut membabitkan 10 kenderaan di Persimpangan Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, di sini, jam 3.20 petang semalam. Kemalangan membabitkan tiga lori, empat motosikal dan kereta iaitu masing-masing sebuah Proton Iswara, Perodua Kancil dan Honda City itu mengakibatkan dua maut dan tiga cedera. Mangsa yang mati di tempat kejadian ialah pemandu lori membawa dedak, R Chandran, 46, dari Taman Mutiara, Alor Gajah dan penunggang motosikal, R Mukeudan@Mukudan, 62, dari Sagil, Muar, Johor. Sivakumar berkata, ketika kejadian, dia yang memandu Proton Iswara bersama lima penumpang lain termasuk isterinya, S Eswari, 28, yang mengandung lima bulan dalam perjalanan dari sebuah pasar raya ke rumahnya di Kesang, Jasin dikejutkan dengan dentuman kuat apabila kenderaannya dirempuh lori dipandu Chandran. |
You are subscribed to email updates from di ayer keroh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan