Sabtu, 10 November 2012

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


WANITA DALAM NEGARA BERKEBAJIKAN TAWARAN PAS

Posted: 05 Nov 2012 03:27 AM PST


Tindakan penghormatan Islam terhadap wanita, di tunjukkan secara demonstartif oleh Rasulullah yang sangat bangga  mempunyai putri bernama Fatimah . Jika ada orang bertanya tentang perempuan kecil itu, maka dengan bangga Nabi berkata: siapa mengenal anak ini, maka dia telah mengenalnya. Sesiapa yang belum mengenal anak ini, maka ketahuilah dialah Fathimah, putriku. Dia belahan jiwa , hati dan ruhku. Sesiapa yang menyakiinya berarti telah menyakitiku . Sesiapa menyakiti aku , dia telah menyakiti ALLAH.
Demikianlah  di antara kata-kata semangat dari cik Aiman Athirah Al Jundi selaku Ketua Penerangan yang bisa membakar jiwa-jiwa para para muslimat yang hadir di dalam program ini. Program yang menjelaskan tentang Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia.
"Sekarang kita nak beritahu bahawa sekarang ini masa untuk kita translate dalam Islam. Sedar tak sedar kita telah memerintah 6 negeri dan kita pernah mempunyai 6 menteri Besar daripada PAS.  Dan sekarang kita kena yakin bahawa yang akan masuk Putrajaya, yang akan mengendalikan Putrajaya bukan orang lain tapi  kita" .Demikian juga di antara kata-kata yang di sampaikan oleh Hjh Muntaz Hj Md Nawi dalam program yang di adakan semalam , bertempat di pejabat PAS Semabok semalam, 4 November 2012.
 Program yang di anjurkan oleh DMPNM ini  , telah mengamit melebihi seratus muslimat dari semua kawasan.Turut hadir, Ketua muslimat Negeri Sembilan serta beberapa ajk.

Seorang penyair Arab klasik dengan naif menyatakan kembali betapa wanita pada zaman dulu.
Dia bersyair,

Sosok ayah yang ingin mempertahankan nyawa putrinya
akan membayangkan tiga pasangan untuk putrinya:
Pertama rumah yang akan memingitnya
Kedua sang suami yang akan mengekang hidupnya
Ketiga tanah pasir kuburan yang akan menimbunnya.
Pasti dia memilih yang terakhir kerana itu yang terbaik baginya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads