|   04 di klebang - Google Blog Search   | 
| Sahabat-Gunung: BAHAYA !!!! Sungai <b>di Klebang</b> Besar, Melaka <b>...</b> Posted: 14 Nov 2012 08:38 PM PST   Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di kawasan  sekitar Lencongan Sungai Malim di Klebang Besar, Melaka Tengah berwaspada  berikutan paras air di sungai itu kini melebihi paras bahaya iaitu 2.14 meter.   Menurut portal JPS, di Selangor setakat 9 pagi ini, paras air di  Sungai Langat di JPS Sungai Manggis; Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala  Langat dan Sungai Selangor di Kuala Badong, Kuala Selangor telah melebihi paras  amaran iaitu masing-masing 6.02 meter, 4.08 meter dan 3.97 meter.   Keadaan yang sama juga dicatatkan di Sungai Rembau di Titian  Bintangor, Rembau, Negeri Sembilan (6.22 meter) dan Empangan Labong, Mersing,  Johor (7.60 meter).   Begitu juga di Sabah dengan paras air di Sungai Padas di Tenom  (175.85 meter), Sungai Padas Beaufort (7.51 meter) manakala di Sarawak, bacaan  paras air di Sarawak Maritime, Sibu ialah 2.56 meter.   Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan bilangan  mangsa banjir di Johor tidak berubah iaitu 143 orang manakala di Perak seramai  45.   Selangor pula mencatat 1,309 orang manakala Melaka menurun  daripada 27 orang kepada 16 orang, dan Sarawak lima mangsa banjir. | 
| You are subscribed to email updates from di klebang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
   
Tiada ulasan:
Catat Ulasan