Jumaat, 23 November 2012

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


<b>Negeri Melaka</b> kubu terakhir Umno « <b>Melaka</b> Merdeka

Posted: 05 Nov 2012 04:48 PM PST

Penulis mendapat panggilan talipon beberapa kawan yang melahirkan rasa gembira diatas kejayaan perhimpunan rakyat di Senawang Jaya dua hari lepas. Semangat pekerja parti berada dalam keadaan tertinggi terutama di Negeri Sembilan. Wisma Negeri semakin dalam bayangan mereka. Seorang kawan penulis yang dikatakan akan bertanding di sebuah dun di Negeri Sembilan sempat memberitahu penulis jawatan exco yang bakal disandangnya. Walau pun itu satu gurauan tetapi jelas menampakkan keyakinan tinggi mereka.

Di Johor, Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Johor, Masduki membentangkan kajian beliau di Konvesyen PAS Johor semalam iaitu dari 26 kerusi parlimen di sana kemungkinan Pakatan Rakyat akan menawan 12 kerusi parlimen antaranya Muar, Batu Pahat, Ledang, Johor Nharu, Pasir Gudang, Gelang Patah, Pulai, Tanjung Piai, Kulai, Pasir Gudang. Semua kawasan ini adalah kawasan campuran. Jika benar kajian yang dibuat oleh Masduki ini, penulis berani ramalkan keadaan 50-50 mungkin berlaku di Johor. Maknanya semua anggapan yang mengatakan Johor adalah kubu kuat Umno dan benteng terakhir serta mitos yang sedia ada akan berakhir pada PRU 13 nanti.

Semua mata tertumpu di Melaka. Adakah kota ini akan selamat selamanya. Adakah kekuatan Umno tidak terjejas walaupun dikepung oleh dua negeri yang paling kuat bertiup angin perubahan. Adakah kemenangan PR di Teluk Kemang tidak mampu membangkitkan semangat pengundi di dun Kuala Linggi. Ataupun kemenangan hebat yang bakal di catatkan di Muar tidak akan menjalar ke Jasin. Buat masa sekarang penulis berani katakan negeri Melaka akan kekal ditangan Barisan Nasional dan mengesahkan kubu terakhir Umno di dunia (selain Malaysia, Umno tidak berada ditempat lain he he he)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads