Sabtu, 15 Disember 2012

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


Jawatan Kosong 2012 <b>di</b> Majlis Perbandaran <b>Alor Gajah</b>

Posted: 01 Oct 2012 05:02 PM PDT

jawatan kosong 2012 Majlis Perbandaran Alor Gajah

Jawatan Kosong 2012: Majlis Perbandaran Alor Gajah merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau kerajaan tempatan yang berorientasikan perkhidmatan rakyat merupakan penggerak utama di dalam menjadikan Alor Gajah sebagai daerah yang maju dan indah.Majlis Daerah Alor Gajah telah disusun semula mengikut Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) mulai daripada 1 Julai 1978. Penyusunan semula ini meliputi seluruh daerah Alor Gajah. Seterusnya Majlis Daerah Alor Gajah telah dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah pada 1 Mei, 2003. Majlis Perbandaran Alor Gajah kini adalah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang menyediakan perkhidmatan perbandaran serta membangunkan kemudahan infrastruktur dan sosial bagi penduduk di daerah Alor Gajah.

Majlis Perbandaran Alor Gajah mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf tetap seperti berikut :-

1. Pembantu Penilaian W17

Cara Memohon

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah yang boleh didapati secara PERCUMA di Kaunter Majlis Perbandaran Alor Gajah pada waktu pejabat atau melalui laman ini.
1.2 Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, sijil kelahiran, gambar terkini berukuran pasport serta lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.
1.3 Ijazah/Diploma/Sijil yang digunakan dalam permohonan ini perlu mendapat pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui laman web interaktif JPA http://www.interactive.jpa.gov.my/frmMainktiraf.asp dan melampirkannya bersama borang permohonan.
1.4 Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat (Tetap dan Kontrak) hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi disertakan bersama.
1.5 Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirim atau datang sendiri ke Majlis Perbandaran Alor Gajah seperti alamat berikut :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
JALAN DATO' DOL SAID
78000 ALOR GAJAH
MELAKA

Klik sini untuk muatturun borang permohonan jawatan ini.

Klik sini untuk maklumat lengkap dan syarat permohonan iklan jawatan kosong 2012 ini.

Tarikh Tutup Permohonan : 14 Oktober 2012

*Jawatan Kosong 2012 di Majlis Perbandaran Alor Gajah*

You can leave a response, or trackback from your own site.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads