04 di jasin - Google Blog Search |
Projek kilang kaca berteknologi hijau <b>di jasin</b>.... - projek melaka maju Posted: 12 Dec 2012 12:00 AM PST Gambar Semasa Pertukaran MOU Di Seri Negeri, Ayer Keroh.... MELAKA 14 Nov. - Guardian Industries Malaysia Sdn. Bhd. (Guardian Industries) merancang membina kilang kaca berteknologi hijau di Melaka dengan nilai pelaburan sebanyak RM800 juta. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, syarikat pengeluar kaca yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu memilih Jasin sebagai lokasi kilang dan kerja-kerja pembinaan akan bermula pada Januari depan. Menurutnya, pengeluaran kaca tingkap daripada pasir yang dihasilkan menggunakan mesin berteknologi tinggi itu mampu menyerap haba lebih 20 peratus berbanding kaca biasa. "Kilang pertama syarikat tersebut bakal didirikan di atas tanah seluas 24.28 hektar di Kawasan Perindustrian Lipat Kajang, Jasin yang dibeli dengan kos sebanyak RM20.5 juta daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM)," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pembelian tanah antara Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Datuk Yusof Jantan dan Pengarah Guardian Industries, Gregory Poulson di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini. Mohd. Ali memberitahu, teknologi yang dihasilkan syarikat tersebut melalui produk kaca tingkap itu mampu menyerap haba pada bangunan dengan lebih baik, sekali gus dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. "Penjimatan tenaga ini selari dengan sasaran kerajaan negeri untuk mencapai status negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang 2020," katanya. Tambah beliau, pembukaan kilang yang dijangka bermula pada awal 2015 itu bakal menyediakan peluang pekerjaan baru kepada kira-kira 700 tenaga mahir, khususnya di daerah Jasin. Sementara itu, Poulson berkata, pembinaan kilang tersebut dijangka mengambil masa antara 18 hingga 24 bulan dan bakal menjadi antara kilangnya yang terbesar selepas Rusia. "Gentian kaca yang dihasilkan syarikat ini akan menggunakan bahan mentah iaitu pasir yang diperolehi dari dalam negara iaitu Johor dan Pahang bagi menjimatkan kos pengeluaran," tambahnya. Untuk Rujukan Melaka Hari Ini: http://mhi.com.my/paper/NOVEMBER/151112/index.html |
You are subscribed to email updates from di jasin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan