04 di klebang - Google Blog Search |
Apa Apa Saja Tentang Aku: Sepetang <b>di</b> Pantai <b>Klebang</b>, Melaka Posted: 14 Nov 2012 01:20 AM PST Cuti Deepavali semalam memang aku guna dengan sepenuhnya. Destinasi aku ke Melaka, bandar bersejarah. Perjalanan mengambil masa 2 jam dari KL. Ikutkan 1 jam setengah je kot tapi sebab perluasan AES terus jadi 2 jam. Apa pun aku yakin sistem AES mampu membuat pengguna jalan raya mematuhi hadlaju yang ditetapkan. Rasanya semalam aku drive cam siput(110km/j). Highway besar, tengah jalan tak jem pulak tu, moto cc110 potong selamber jer. Aku rasa moto sampai dulu. Aishh takleh jadi ni. Takpe la aku tekan je la pedal tu ikut hadlaju. Cuak punya pasal. Tujuan ke Melaka ni nak cari barang wife aku. Lokasi jumpa tapi barang pulak takde, adehh kecewa gak sebenarnya. Takpela aku gunakan kesempatan yang ada ronda-ronda Melaka, takde la frust sangat kan. Kalau A Famosa, Menara Taming, Dataran Pahlawan aku dah pegi dah. Ubah angin jap, pasal aku nampak signboard "Pantai Klebang". Aku tak penah pegi lagi. Nak usha kot-kot ada yang menarik. Aku drive follow signboard kejap je dah sampai, senang je rupanya. Sebelum sampai pantai tu kena lalu jem sikit pasal ada orang tengah usha orang beratur beli coconut shake. Nak tengok panjang ke tak? Usha sini Klebang Original Coconut Shake. Sampai gak aku Pantai Klebang ni kira-kira jam 5 petang. Cuaca dah redup, memang timing cun. Sepemerhatian aku, tempat ni mcm baru diperbaharui. Boleh tahan luas, sesuai la untuk rekreasi. Pokok-pokok baru tanam. Pantai takde orang mandi pun. Turun-turun je dari keta...jeng jeng jeng.. Anak aku dah kecoh semacam, ada pulak 3,4 ekor kuda melepak kat situ. Kuda ni buat bisnes. Anak-anak aku dah tak tentu arah nak naik kuda. Ingat free ke aper. RM5 sekali naik. Hmm.. xpela aku bagi la anak aku naik walaupun dah penah naik dulu kat PD. Tapi hampeh, time anak perempuan aku naik tu, siap berak-berak plak kuda tu. Cis..then time anak laki aku pulak kuda tu malas, jalan sekerat berhenti-henti, tengah baca step agaknya.. Hahaha.. Dah selesai aktiviti menunggang kami... Main layang-layang pulak. Tempat luas ngan angin kuat cam ni main layang-layang memang besh. Siot la mahal rupanya layang-layang ni. Paling cokia Rm5, RM7 dan mahal RM15. Idokler aku nak beli yang Rm15 tu. Pasal anak aku minat Ben10, aku kena beli yang RM7. Ok lah, nak merasakan. Masa layang-layang dah kat udara tu aku pas kat anak laki aku, dia pegang layang-layang mcm experience je. Tangan turun naik turun naik tarik tali layang-layang tu. Lama gak dia pegang. Padahal ni first time rasanya dia pegang. Cayalah.. Belum puas main, hujan plak turun, errmm terpaksa balik awal la jawapnya. Baru kul 6 petang beb.. Gi pusing town kejap seround then balik.. Jumpa lagi Melaka.. Vrooooomm.. |
You are subscribed to email updates from di klebang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan