Jumaat, 7 Disember 2012

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


Menilai analisis Dr Zuhdi Marzuki « Melaka Merdeka

Posted: 05 Dec 2012 04:27 PM PST

Penulis membaca analisis Dr Zuhdi Marzuki, Pengarah PPP PAS mengenai peluang Pakatan Rakyat di Melaka. Tulisan ini boleh dibaca di Harakahdaily. Beliau juga adalah orang yang sama mendakwa Umno Johor bermasalah di 12 kerusi parlimen bulan lepas. Secara logik penulis mengakui teruja dengan hasil kajian beliau dan pasukannya. Kajian ini jauh berbeza dengan kajian politik Majlis Profesor Negara yang mendakwa Johor kekal selamat ditangan BN.

Dr Zuhdi manyatakan kerusi parlimen Bukit Katil berkemungkinan jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Ini kerana sokongan asas kepada BN sekitar 33% sahaja dan sebanyak 31% adalah pengundi atas pagar. Parlimen Bukit Katil akan menjadi medan tempur paling sengit apatah lagi jika Dato Ali Rustam memutuskan bertanding parlimen. Lawannya sudah pasti Ketua Angkatan Muda Pusat PKR, Shamsul Iskandar Akin. Kajian mengenai parlimen boleh ditambah di Melaka sama dengan kajian JPRP PKR mengenai pertambahan kerusi parlimen.

Beliau mendakwa 17 kerusi dun akan dimenangi oleh BN dan 5 dimenangi oleh DAP kekal ditangan mereka. Baki 6 kerusi adalah kelabu. Kerusi itu adalah Asahan, Machap, Klebang, Duyong, Rim, Serkam. DAP bertanding di Duyong dan Klebang sementara PKR pula di Machap dan Rim. Kajian ini tidak jauh dari telahan PKR cuma dua kerusi iaitu Asahan dan Serkam yang dikatakan kelabu menjadi kemusykilan penulis. Atas dasar apa kawasan Asahan dan Serkam ini ditulis. Penulis merasakan ada kawasan yang PAS lebih berpotensi untuk menang.

Dr Zuhdi menekankan PAS berpeluang menang di Asahan jika meletakkan calon yang tepat. Unutk pengetahuan umum, kawasan ini ditandingi oleh calon dari MIC walaupun hampir 60% penduduk disitu adalah kaum melayu. Sejak tahun 99, calon-calon melayu telah dicalonkan oleh pembangkang bermula dengan PKR dan kemudiannya PAS tahun 2004 dan 2008 tetapi semuanya tewas. Penulis telah dua-kali berkempen disitu dan mendapati jentera Umno tetap ampuh walaupun MIC yang bertanding. Jika bangsa yang dijadikan ukuran, bagi penulis, PAS menempah musibah kerana jika BN mengubah strategi iaitu menukarkan calon MIC ke Gadek maka apakah Asahan ini boleh dikekalkan sebagai kawasan kelabu.

Kedua kawasan Serkam. Penulis masih berpendirian Telok Mas (didalam parlimen Kota Melaka) adalah kawasan lebih baik untuk dimenangi oleh PAS. Kedua-dua kawasan ini hanya sebelah menyebelah sahaja. Tetapi Serkan berada di parlimen Jasin. Andaian penulis begini. Umno Kota Melaka tidak berada didalam keadaan yang utoh jika dibandingkan dengan di Jasin. Perebutan kuasa sesama mereka semakin ketara. Cah Keting berkemungkinan boleh berlaku. Di Serkam, calon BN adalah calon yang dikenali dan jika dibandingkan dengan PAS yang belum ada tokoh yang benar berpotensi disana.

Penulis percaya Dr Zuhdi mendapat maklumat dari jentera PAS Negeri. Penulis masih berpendapat kawasan yang boleh dimenangi oleh PAS ialah Bukit Baru, Telok Mas dan Durian Tunggal. Penulis sudah berhujah tentang Telok Mas dalam posting terdahulu tetapi Bukit Baru dan Durian Tunggal akan ditulis kemudian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads