Isnin, 10 Disember 2012

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Kerajaan <b>negeri Melaka</b> bantu promosi Kebaya Nyonya

Posted: 26 Nov 2012 10:52 PM PST

Pengerusi-pengerusi Persatuan Baba Nyonya bersama Mohd Ali dalam Konvensyen Baba Nyonya ke 25
BANDAR HILIR, MELAKA- Kerajaan negeri akan membantu mempromosikan pakaian tradisional Peranakan Cina iaitu kebaya Nyonya dengan menggalakkan penjawat awam wanita di negeri ini mengenakan pakaian berkenaan pada hari tertentu. 
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, saranan itu diutamakan kepada kakitangan awam khususnya yang bertugas di barisan hadapan seperti penyambut tetamu atau kaunter pertanyaan yang sering berhadapan dengan orang ramai. 
Menurutnya, memandangkan negeri ini kaya dengan warisan kebudayaan yang pelbagai, cadangan menggalakkan kakitangannya mengenakan pakaian tradisional itu adalah satu langkah bijak bagi mempromosikan pakaian berkenaan. 
Cadangan tersebut akan mula dilaksanakan selepas perbincangan mengenai perkara tersebut mendapat kata sepakat daripada semua pihak. 
"Saya kira ini usaha yang baik sama seperti kita mempopularkan batik yang dipakai setiap hari Khamis. Lagipun baju kebaya nyonya sangat sesuai untuk digayakan kerana ia bukan sekadar fesyen, sebaliknya menonjolkan imej yang cukup sesuai dengan apa yang ditonjolkan negeri Melaka. 
"Nanti bila dapat keputusannya, baru kita akan laksanakan, mungkin kita akan pilih satu hari untuk dijadikan hari berpakaian kebaya nyonya," kata beliau pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Baba Nyonya ke 25 di Hatten Hotel, pada 24 November 2012. 
Hadir sama, Presiden Persatuan Peranakan Cina Melaka, Datuk Phua Jin Hock; penanung Pertubuhan Persekutuan Peranakan (FPA) Datuk Seri Khoo Keat Siaw dan Presiden Persatuan Cina Penang, Datuk Tan Gin Soon. 
Turut hadir, Presiden Persatuan Peranakan Singapura, Peter Wee; Presiden Persatuan Peranakan Thailand, Dr Kosol Teang Uthai dan Presiden Persatuan Peranakan Tionghua Indonesia, Andrew A. Susanto. 
Dalam perkembangan sama, Mohd Ali turut menjelaskan budaya peranakan yang diamalkan oleh masyarakat Baba dan Nyonya di negara ini adalah salah satu budaya yang unik lagi menarik yang banyak dipengaruhi unsur-unsur tradisi Cina seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tanglung tetapi mengikut acuan budaya tempatan dan penjajah. 
"Keunikan itu disebabkan ia adalah himpunan pelbagai pengaruh budaya seperti Melayu, Indonesia, India, Portugis, Belanda dan British. 
"Seiring dengan peredaran masa, budaya menarik ini juga mengalamai banyak saingan modenisasi dan pembaratan, sekiranya tidak dipeliharan, pasti ia akan terhakis dan mungkin pupus
"Jadi, sebagai pusat perkembangn budaya tersohor sejak kurun ke-14, Melaka akan terus membantu masyarakat Baba Nyonya supaya terus mengekalkan tradisinya secara berevolusi sekali gus menyerlahkan keunikan budaya Peranakan ini di peringkat antarabangsa," ujar Mohd Ali. 
Mengimbas catatan sejarah, masyarakat baba Nyonya ini telah wujud sejak lebih 600 tahun lalu iaitu ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. 
Melaka yang terkenal sebagai pusat perdagangan pada waktu itu telah berjaya menarik ramai pedagang dari luar termasuk dari China untuk berdagang di Melaka. 
Pedagang-pedagang dari China ini berkahwin dengan wanita tempatan dan melahirkan anak yang berdarah kacukan Melayu-Cina atau lebih dikenali sebagai Baba Nyonya. 
Masyarakat peranakan dianggap unik kerana memiliki dua budaya warisan tradisi Cina yang pada masa sama mengamalkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Melayu terutama dari segi bahasa, makanan dan budaya. 
Sebahagian peserta yang menghadiri Konvensyen Baba Nyonya Ke-25 di Banda Hilir, Melaka.
Melaka Bandaraya Warisan Dunia @gotomelaka.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads