04 di ayer keroh - Google Blog Search |
(GAMBAR) Kemalangan Ngeri <b>di Ayer Keroh</b> Melaka 24 - PutraRocker Posted: 24 Sep 2012 09:37 PM PDT Dua maut dalam kemalangan melibatkan 10 kenderaan di persimpangan lampu isyarat Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, petang Isnin. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman berkata, yang mautialah pemandu lori yang membawa muatan dedak ayam, R. Chandran, 47, dan penunggang motosikal, R. Mukeudan@Mukundan, 62. Salehhudin berkata, dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, lori terbabit yang datang dari arah Bukit Katil di sini dipercayai hilang kawalan akibat brek gagal berfungsi sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan. "Lori tersebut kemudian merempuh tiga buah kereta, dua lori dan empat motosikal," katanya ketika dihubungi di sini. Katanya, akibat rempuhan itu pemandu lori terbabit tersepit di tempat duduk kenderaannya manakala Mukeudan terperosok di bawah lori tersebut sebelum kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Dua penunggang motosikal lain dan seorang pemandu kereta turut cedera dalam kemalangan itu. Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Melaka, Lokman Hakim Sulaiman berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.30 petang dan bergegaske tempat kejadian bersama tiga jentera, sebuah van dan dua unit bermotor dari balai bomba Ayer Keroh dan Bukit Katil. "Operasi mengeluarkan mayat pemandu lori (yang tersepit) mengambil masa lebih tiga jam," katanya. Beliau berkata, mayat mangsa berjaya dikeluarkan pada 6.40 petang menggunakanpelbagai peralatan termasuk pemotong dan dua buah kren |
(Gambar) Banjir Kilat <b>Di</b> Simpang MITC, <b>Ayer Keroh</b>, Melaka <b>...</b> Posted: 18 Nov 2012 11:33 PM PST " ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lb.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();
Dulu simpang MITC, Ayer Keroh Melaka ni jem sebab berlaku kemalangan. Tapi hari ni ramai terkandas sebab banjir kilat. Sampaikan Datuk Seri Mohd Ali Rustam pun turun padang. Mungkin sebab pejabat dia dekat je kot dari situ.
Sumber gambar: Page Sayangi Melaka, Al-Hafiez Apeach & fbshare.. |
You are subscribed to email updates from di ayer keroh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |