Khamis, 31 Januari 2013

04 di umbai - Google Blog Search

04 di umbai - Google Blog Search


IeMaL & FaMiLy JoUrNeY: JALAN-JALAN CARI MAKAN <b>DI UMBAI</b> <b>...</b>

Posted: 21 Jan 2013 06:46 AM PST

JJCM DI UMBAI MELAKA



Tempat : Medan Ikan Bakar Parameswara Umbai, Melaka.
 
Plan dah rancang 2 ke 3 minggu lepas ngan kawan2 kerja.... Program hari ni  di sponsor penuh oleh En. Baha selaku Boss Besar Catering Sedap Selalu Enterprise (kantin tempat kerja).... Terima Kasih banyak-banyak En. Baha kerana belanja kami bertiga yang merupakan pelanggan tegar Kantin Sedap Selalu.... Hehehehhehe....

Bertolak lebih kurang jam 4 lebih petang camtu agaknya, melalui Lebuhraya Plus  kami dibawa oleh pilot on duty hari ini iaitu Kapten En. Syahaizat.... Exit to Kuala Pilah melalui laluan di Bukit katil menuju ke Umbai.... sebelum sampai destinasi kami singgah solat Asar di Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil....

Sampai di Umbai, Melaka lebih kurang jam 6 lebih petang… Restaurant yang jadi pilihan kami ialah Restaurant Ikan Bakar Parameswara yang terletak menghadap laut bertentangan dengan Pulau Besar… Sampai-sampai terus kami memilih menu yang mahu disantap oleh kami berempat… Antara menu yang dipilih Ikan Jenahak (Masak 3 Rasa), Ikan Siakap (Masak Stim), Udang (Goreng Tepung/Buttter), Sayur Campur, dan Ketam (Masak Cili)… Okey laaaaaaaaaaa…. Sedap juga masakan disini… Memang ramai sangat orang kat sini…

So… menu-menu sudah terhidang di meja nampak begitu lazat... Dengan panorama yang menghadap laut membuatkan kami rasa tenang, hilang segala stress kerja sambil-sambil menikmati kelazatan makanan di sini… Saat-saat akhir menghabiskan segala hidangan yang ada sememangnya menguji kesenakkan perut kami… Walaupun berat mulut kami mengunyah namun kami telan jua perlahan-lahan menghabiskan segala menu yang di order… 
Akhirnya kami berjaya juga melicinkan segalanya dalam masa lebih kurang 1 jam lebih... Lepas selesai makan kami berehat seketika dan solat Maghrib di surau berhampiran yang disediakan khusus untuk pengunjung-pengunjung... Kemudian kami berangkat pulang ke Kuala Lumpur...

Oppppppssssssss... Citer belum habis lagi... 

Bersambung....  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads