04 di klebang - Google Blog Search |
Sahabat-Gunung: BAHAYA !!!! Sungai <b>di Klebang</b> Besar, Melaka <b>...</b> Posted: 14 Nov 2012 06:48 PM PST Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di kawasan sekitar Lencongan Sungai Malim di Klebang Besar, Melaka Tengah berwaspada berikutan paras air di sungai itu kini melebihi paras bahaya iaitu 2.14 meter. Menurut portal JPS, di Selangor setakat 9 pagi ini, paras air di Sungai Langat di JPS Sungai Manggis; Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat dan Sungai Selangor di Kuala Badong, Kuala Selangor telah melebihi paras amaran iaitu masing-masing 6.02 meter, 4.08 meter dan 3.97 meter. Keadaan yang sama juga dicatatkan di Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau, Negeri Sembilan (6.22 meter) dan Empangan Labong, Mersing, Johor (7.60 meter). Begitu juga di Sabah dengan paras air di Sungai Padas di Tenom (175.85 meter), Sungai Padas Beaufort (7.51 meter) manakala di Sarawak, bacaan paras air di Sarawak Maritime, Sibu ialah 2.56 meter. Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan bilangan mangsa banjir di Johor tidak berubah iaitu 143 orang manakala di Perak seramai 45. Selangor pula mencatat 1,309 orang manakala Melaka menurun daripada 27 orang kepada 16 orang, dan Sarawak lima mangsa banjir. |
Pernah Rasa <b>Klebang</b> Coconut Shake yang Famous <b>di</b> Melaka <b>...</b> Posted: 26 Dec 2012 11:30 PM PST Assalamualaikum... Aku dah lama nak tulis pasal citer ni, tapi asik lupa plak.. Ha, sekarang baru datang mood nak citer benda alah ni. Pernah dengar pasal KLEBANG COCONUT SHAKE? Untuk yang tidak tahu, Klebang Coconut Shake ni merupakan gerai menjual Coconut Shake yang SANGATTTTTTTTTTTTTTTTTT FAMOUS di Melaka.. (Ingat yer, Klebang terletak di Melaka, bukan Kelantan..huhu) Bahkan juga terkenal dalam kalangan peminatnya di seluruh Malaysia... Apa Keistimewaan Klebang Coconut Shake ni? Sudah pasti rasanya manis+lemak berkrim... Serius weh.. kau bayangkan rasa kelapa tu + ais krim vanila yang dikisar bersama.. . Menurut kajian aku (over plak)... bila aku bandingkan rasa Klebang Coconut Shake tu dengan coconut shake kat tempat lain, ada bezanya.. Kalau cam kat tempat lain, aku tengok dia letak aiskrim tu sket jerk.. Tapi kat sini, memang dia letak banyak aku tengok.. tu lah keLEMAKkan aiskrim tu betul-betul terasa.... Pergh.. memang terbaek!!!! Apa yang mengujakan di Klebang Coconut Shake? Ha, kalau kau nak tahu apa yang mengujakan, setiap kali kau lalu kat gerai tu, kau akan tengok RAMAIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII sangat orang beratur.. Gerai dia kecik jerk.. Tapi sudah cukup membuatkan orang beratur memanjang!!!!!! Tak kira lah kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain akan parking kereta diowang kat tepi jalan, then akan beratur panjang untuk membeli Coconut Shake tu... Kalau korang tengok beratur panjang, mesti kau rasa down nak tunggu lama-lama kan? Ala.. tak lama pun beratur tu.. Sebab apa? Orang yang buat tu sangat pantas.. Kejap jerk siap... Lagipun dia dah buat sekali banyak, tinggal bungkus jerk... Ha..tu baru sikit.. Sebenarnya kalau nak ikutkan, lagi panjang... Tapi sekarang, diowng tak beratur kat tepi jalan. Diowang beratur kat bahagian dalam gerai plak.. picture credit to: SINI Kalau dulu dia just bukak gerai tu 1 jerk, sekarang dia dah bukak 2.. Yang kat tepi jalan tu untuk BUNGKUS sahaja.. Kalau untuk minum dan makan makanan yang dijual kat situ, boleh lah pergi ke gerai bahagian dalam.. Yang kat dalam tu aku tak pernah pergi lagi... Orang kata Nasi Lemak ngan Karipap dia sedap.. Entah..aku belum rasa lagi..huhu Berapa harga Klebang Coconut Shake ni? Kalau yang biasa RM2.. Kalau yang special, RM 2.50... Murah kan? Yang special ni ada aiskrim atas tu.. Dia memang akan buat yang special jerk.. Kalau kau minta yang biasa, baru dia buat yang biasa tu.. Tapi aku sarankan better beli yang SPECIAL terus.. Alah..beza 50 sen jerk kan... Ha, gambar ni betul2 aku amik... Nak amik gambar orang tengah beratur semalam, cam segan lah plak...Nasib baik ada kat Google... huhu :) So semalam, disebabkan aku dah lama tak rasa benda alah tu.. Aku pun minum sampai 2 cawan.. Hasilnya.... aku selsema sekarang!!!! Asik bersin jerk..hahahhaahaha.. |
You are subscribed to email updates from di klebang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan