Khamis, 24 Januari 2013

04 di sungai udang - Google Blog Search

04 di sungai udang - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai udang</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Jan 2013 11:31 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai udang</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jan 2013 11:43 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai udang</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Jan 2013 11:23 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Udang</b> galah makin pupus <b>di Sungai</b> Muda | Darulaman &#39;Dot&#39; My

Posted: 12 Dec 2012 08:01 PM PST

Mungkin ramai tidak menyedari sepanjang Sungai Muda bermula di Bumbong Lima hingga muara sungai di Kampung Kuala Muda di sini, merupakan antara lokasi kegemaran kaki pancing udang galah.

Saban malam puluhan pemancing mencuba nasib dan mereka tidak pula pulang dengan tangan kosong sebaliknya berjaya menaikkan hasil sungai itu.

Malah, pada musim tertentu, udang galah boleh didapati dengan banyaknya di sepanjang Kampung Bakau Tua, Pulau Mertajam, Teluk Manan dan Kampung Permatang Bendahari.

Tapi itu semua dulu, sebaliknya sekarang selepas projek tebatan banjir dijalankan sepanjang sungai itu, spesies itu didapati berkurangan.

Kekurangan udang galah jenis sepit berwarna biru di sungai ini turut menjejaskan pendapatan nelayan sungai kecil yang bergantung hidup kepada hasil sungai.

Seorang nelayan, Mohd Appandi Aman, 32, berkata, pendapatan nelayan sepertinya terjejas teruk apabila udang galah semakin berkurangan sejak kebelakangan ini.

"Saya percaya antara punca yang menyebabkan berlakunya fenomena sedemikian ialah kerana habitatnya terganggu disebabkan projek tebatan sungai yang sedang dijalankan sekarang.

"Selain itu, pembiakan udang galah di sini juga didapati terancam apabila pokok nipah dan semak samun yang menjadi tempatnya berlindung selama ini dibersihkan untuk projek itu," katanya.

Mohd Appandi berkata, kegiatan memancing udang galah di sini sekarang dirasakan membuang masa sahaja kerana hasilnya tidak berbaloi dengan masa dihabiskan.

Sementara, Bustaman Mat Dali, 42, yang menetap di Kampung Pulau Mertajam pula berkata, kegiatan projek tebatan dan pembinaan lebih 10 jeti di sepanjang sungai itu menyebabkan laluan sungai mengecil, sekali gus mengurangkan jumlah udang galah di kawasan berkenaan.

"Kita nelayan di sini bukan menghalang pembangunan tetapi, kesannya menjejaskan pendapatan yang selama ini menjadi punca utama nelayan di sini.

"Selain udang galah, turut mengalami kepupusan ialah ikan gelama, duri, semilang dan ketam nyior serta udang sungai membuatkan sebahagian besar nelayan sungai terpaksa mengeluarkan modal besar menyediakan kelengkapan ke laut mencari pendapatan," katanya.

Menurutnya, kini kawasan sepanjang sungai di empat kampung itu bukan lagi menjadi hobi kaki pancing menyebabkan suasananya tidak semeriah dahulu.

Seorang lagi nelayan, Mat Abu Seman, 45, berkata, masalah kekurangan hasil sungai di kawasan itu perlu diberi perhatian segera agar nelayan sungai terus dapat hidup di samping kaki pancing dapat meneruskan hobi mereka.

sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads