Rabu, 2 Januari 2013

04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


Pagi-Pagi Pi Rumah Api @<b>Tanjung Tuan</b> Port Dickson

Posted: 01 Jan 2013 03:53 PM PST

Masa cuti baru-baru ini ke Port Dickson sempat singgah tengok rumah api di Tanjung Tuan.
Sudah pasti sebelum masuk ke kawasan ni bergambar kejap di hadapan tugu Tanjung Tuan.
Nak masuk tengok rumah api ni kena masuk dan lalui kawasan hutan rekreasi.
Masuk hanya dikenakan bayaran sebanyak RM1 bagi pengunjung yang berumur 12 tahun ke atas.
Jauh juga perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 15 minit. Guess what, Tanjung Tuan di actually berada di kawasan negeri Melaka dan bukannya Negeri Sembilan.
Kalau penat boleh rehatkan diri kat pondok yang disediakan. Kalau tak silap kat dalam ni ada dua or tiga pondok.
Memang happy aja pagi-pagi Afiqah berjalan, maklumlah lepas tu nak pi naik kuda kat Teluk Kemang.
Pernah tengok tak ngan pokok meranti?
Tak sure pokok apa ni, macam pandan gergasi aja.
Make sure buang sampah dalam tong yang disediakan ya.
Setelah penat berjalan nampaklah rumah api.
Entahlah sebab apa saya letak gambar ni. Tengok aja le ya.
Kena naik tangga, entah berapa anak tangga ada, lebih 30 kot.
Sampai aja rumah api ditutup. Actually semasa melalui hutan tu ada pengunjung cakap memang tutup so kena guna jalan tepi-tepi.
So pi le untuk tengok laut.
Cantik gak rumah api ni.
Ni le keadaan laut yang diambil from area dekat dengan rumah api.
Entah apa Afiqah dan Danish tengah fikirkan.
Cantik gak gambar pemandangan pokok kelapa dan langit.
So nak tahu sejarah mengenai rumah api Tanjung Tuan, bacalah ya. So kalau nak jalan-jalan pi le ke Tanjung Tuan kalau melawat Port Dickson ya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads