Jawatan Kosong 2012: Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah ditubuhkan di bawah Seksyen 39 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Melaka, 1959. Sejak awal penubuhannya sehingga 1989, MSNM diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM). Walaubagaimanapun, pentadbiran MSNM mula diasingkan daripada JAIM pada tahun 1990 dan beroperasi di bangunan Majlis Agama Islam, Jalan Tengkera kemudian berpindah ke bangunan Merah di Jalan Kota, kemudian di Jalan Kee Ann. Pada tahun 1995, MSNM telah berpindah sekali lagi ke Kompleks Mahkamah Melaka, Lebuh Ayer Keroh, Melaka sehingga sekarang.
Mahkamah Syariah Negeri Melaka dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan yang berikut:-
1. Ketua Pendaftar Gred LS 48 – 1 kekosongan
2. Pegawai Penyelidik Gred LS 41 – 2 kekosongan
3. Pegawai Bahagian Sokongan Keluarga Gred LS 41 – 1 kekosongan
4. Pembantu Tadbir Undang-Undang Gred L 17 – 1 kekosongan
5. Penghantar Notis Gred N 3 – 1 kekosongan
CARA MEMBUAT PERMOHONAN :
Sila isi borang permohonan melalui Portal Pekerjaan Terkini (eKERJA) di url berikut : http://ekerja.melaka.gov.my
Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2012 ini.
———————————————————————————————-
Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX
———————————————————————————————–
- Jawatan Kosong 2012 -
from your own site.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan