Rabu, 6 Februari 2013

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


Daily Daisy: Cuti cuti Melaka Day 1: <b>Ayer Keroh</b>

Posted: 01 Feb 2013 12:00 AM PST


Pada cuti sambung sempena Thaipussam, kami cuti2 ke Melaka. Kali
ni, kami stay 2 malam. Hotel kami dah book melalui Agoda. Malam pertama kami di Puteri Resort, ayer keroh. Malam kedua kami turun pula di bandar melaka, stay di hotel baru buka last year, explorer hotel.

Sebelum sampai, gigih wat research ape tempat makan dan rekreasi menarik. Plan nak g Klebang laa, nak makan coconut shake laa, nak gi makan ikan bakar umbai laa.. Sudahnya, dok lepak je kat hotel. Apa tak nye, bila nak keluar, budak kecik ni nak tidur. Sudahnya, malas nak keluar bila dah lewat. Teringin nak g zoo malam, tapi tidur pulak si kecik ni...adehh

Sebelum check in, kami makan dulu di tempat suggested dalam Foursquare, Botanical Garden cafe. Ramai yang cakap cendol sedap. Bagi aku, cendol dia ok kut..aku tak tau gred kesedapan untuk cendol di melaka.
Kami order ala cart. Aku order nasi dan daging black paper, tukar ayam sebab daging dah habis. Sblm menu sampai,dpt juga laaa aku menyuap bekal kanji nenek bekalkan. Sibuk juga melayan karenah si kecik ni. Meragam nak main bekas straw atas kaunter.

Melaram sekejap di parking lot Botanical Garden

Lunch di Botanical Cafe.. hidangan ala-cart so so je.

Aksi Adawiyah sebelum meragam

Ummi pun nak posing...

Sebelum hidangan sampai
  Bertarung juga nak bagi dia makan...

Sibuk dia nak limau plastik..

Lepas mkn, check in Puteri Resort. Dekat je pun hotel dengan attraction spot. Kalau nak hotel lagi dekat dengan taman rama-rama, g duduk kat Phillea Resort, sebelah menyebelah je.
 
Terpaksa que up sebab ramai nak check in di hari yang sama

Kiranya aku puas hati laa dengan Puteri Resort, 1 malam RM150 dari Agoda. Deluxe room dengan king bed, bilik luas dan ada fridge. Penting nak simpan makanan dan buahan adawiyah. Tapi yang tak bestnye, line celcom very bad. Susah betul nak surfing.
 
Ayah dan umi thumb up untuk hotel Puteri Resort nih...bilik besauuu

Swimming pool di sini aku rasa yang paling besar aku pernah tinggal di hotel. Lagipun di sini sesuai untuk team building sebab ada banyak kawasan hutan-hutan dan game disediakan. Tu sebab pool pun besar...

Breakfast di Puteri Beach Resort

Di Ayer Keroh, kami taktau nak makan malam di mana. Kalau di bandar hilir, banyak laa suggestion dari blogger, tp di Ayer Keroh, tak banyak kami jumpa. Selepas puas surfing yang line macam biskut chipsmore tu, kami makan di KFC je laa.


KFC Ayer Keroh pun nak amek gamba kaa..


Di sini Adawiyah layan snack..lena betul dia tido lepas pekena KFC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads