Sabtu, 16 Februari 2013

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


Aloq Laloq: BR1M 2.0 DISABOTAJ <b>DI JASIN</b>?!!

Posted: 11 Dec 2012 11:05 PM PST

Ini berita yang aloqlaloq dapat dari Jasin. Kononnya ada beberapa individu yang mengambil kesempatan menjualkan borang Br1m 2.0 kepada para penduduk dengan bayaran RM 10. Perkara ini didedahkan oleh Yb Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Hj Ahmad Bin Hamzah.

Sebenarnya borang Br1m 2.0 ini boleh didapati secara percuma sahaja melalui Japerun ataupun Pejabat LHDN. Menurut Ahmad Hamzah, ada pihak yang cuba memburukkan BN. Mereka ni bukan sahaja menjual malah yang lebih menakutkan ialah mereka juga mengutip semula borang yang telah diisi oleh penduduk. - SH.

Ini dah kes penipuan bahaya ni dengan berunsurkan sabotaj. Bayangkan kalau mereka ni kutip dan kemudian mengetong sampahkan. Bila rakyat tak dapat duit Br1m itu nanti, mereka jugak lah yang akan menjadi hero memburukkan Kerajaan.

Ini dah macam taktik psyops yahudi ni.

Kalau betul anda ada terjumpa individu-individu sedemikian cuba menjual borang br1m atau mengutip borang tanpa kebenaran, jangan segan silu untuk laporkan kepada pihak Polis segera. Tak kira siapa pun pelakunya, pastikan mereka ini dikenakan hukuman setimpal kerana menipu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads