Selasa, 19 Februari 2013

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


Imperfect: Coconut Shake <b>di</b> Pantai <b>Klebang</b>, Melaka.

Posted: 12 Feb 2013 11:56 PM PST


Sabtu lepas semua dah start cuti sempena Tahun Baru Cina, aku sorang je yang tak eksaited sebab hari-hari yang sekarang ni memang tengah cuti sepenuh masa sebelum nak ke PLKN atau masuk unibesiti (lainlah kalau aku tengah kerja part time sekarang ni mungkin akan eksaited sikit). Jadi, hari sabtu lepas ummi ajak balik kampung di nogori, kalau ikutkan hati aku dengan kakak aku memang taknak balik sebab malas tapi kena balik jugak sebab bulan april nanti Wan nak pergi mengerjakan umrah. So...

Tapi balik kampung tidaklah menghampakan sangat sebab dapat merasa Coconut Shake yang femes kat Melaka! yeh yeh yeh  ~(‾⌣‾~) (~‾⌣‾)~ 

Mulanya nak ke Tampin saje beli ubat apa entah, dah tengahari tu makan-makan kejap kat kedai Mamak pastu plan nak pergi mana. Dalam kepala otak aku teringat pulak pasal Coconut Shake kat Pantai Klebang. Sebenarnya aku tak pernah merasa pun kelapa goncang kat melaka ni, serius tak pernah tapi dah ke melaka banyak kali. Kehkeh Aku kabor ler ke abah nak rasa coconut shake pastu abah on aje dan terus gerak ke Melaka. 

Otw ke melaka tu kemain ummi dengan Wan bersembang, aku pasang telinga jelah sambil baca majalah kpop yang baru beli dekat tampin tadi. Miahahaha (*~▽~)

Sebab fes taim nak pergi merasa coconut shake ni kitorang tak jumpa kedai tu sampai dah jalan nak ke tanjung kling, pastu u-turn rupanya kedai tu berdekatan dengan Caltex. Femes hokay kedai tu! Ada dua bahagian, satu kedai yang take-away belah depan dan yang untuk makan chill gitu dekat belah dalam, agak tersorok sikit tapi dah masuk kedai tu kemain penuh u ols!

Yang ni beratur tahu yang take away punya, ambil gambar dari dalam kereta je (masa ni nak balik hihi) 



Bungkus di luar. Makan dan minum sila ke dalam ye!

Selain Coconut Shake, engkorang boleh merasa nasi lemak yang sedap gila nak mampus. Over. Selain nasi lemak, ada kuih-muih seperti apam polkadot, karipap dan banyak lagi (sebenarnya taktau nama kuih) yang korang boleh ambil sendiri ye, pastu berdasarkan gambar ni ada kuih ke kerepek dalam bekas tu. Aherherher

Masa menjamah kelapa goncang itu hari, cuaca ketika itu mendung dan tak panas terik jadi bila merasa kelapa goncang tu tak terasa ghairah sangat. Tapi tapi, sebabkan aku fes taim rasa masa pelayan letak atas meja aku terkejut tau, mak aihh spesial gila coconut shake ada ais krim vanilla satu bulat comel atas tu kahkahkah

Lepas ni kalau ke melaka lagi, nak pergi lagi merasa Klebang Original Coconut Shake. Rasa sekali tak puas tahu?!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads