Rabu, 13 Februari 2013

04 di merlimau - Google Blog Search

04 di merlimau - Google Blog Search


IdaMan: Papan Kempen Calon PAS <b>Merlimau</b> Pula Disabotaj

Posted: 10 Feb 2013 03:34 AM PST

Sedang Negara Malaysia sedang meraikan Tahun Baru Cina; Merlimau pagi ini dikejutkan dengan papan kempen calon PAS Merlimau, Tuan Haji Yuhaizad Abdullah telah ditumbangkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Papan iklan itu terletak diatas tanah persendirian di Kampung Kilang Berapi, Merlimau dan hanya memaparkan Tawaran Pakatan Rakyat dan tiada unsur provokasi kepada mana-mana pihak.

Namun, parti politik tertentu ini merasa terancam sehingga tergamak mengupah samseng untuk membuat kacau dengan menumbangkan papan kempen terbabit.

Tuan Haji Yuhaizad menyatakan kebimbangan beliau kerana sejak akhir-akhir ini, banyak kes keganasan keatas penggerak dan penyokong Pakatan Rakyat berlaku.

Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam selaku presiden PESAKA yang mengatakan, "Saya tidak boleh kawal pesilat-pesilat saya dari bertindak".

Kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib yang sering membayangkan keganasan bakal berlaku sekiranya BN tumbang telah melahirkan bibit-bibit tindakan ganas daripada penyokong mereka.

Sehubungan itu, Tuan Haji Yuhaizad bersama Sdr Aminuddin Abdul Jalil, Ketua Pemuda PAS Kawasan Jasin telah membuat laporan polis di Balai Polis Merlimau dan berharap pihak polis bertindak profesional dengan menyiasat dan mendakwa pihak-pihak yang cuba mencetuskan keganasan dan huru-hara di Merlimau. -Greenboc

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads