04 di merlimau - Google Blog Search |
UMNO Online - Igauan Tenang Resahkan Pas <b>Di Merlimau</b> Posted: 07 Feb 2011 01:26 AM PST Kategori Berita LainIgauan Tenang Resahkan Pas Di MerlimauOleh: TG AZMAN TG ABAS. KUALA LUMPUR 7 Feb – Pemuda UMNO Johor yakin pengundi di kawasan Merlimau akan menolak budaya kempen pembangkang yang berteraskan kepada fitnah dan memaki hamun tanpa asas yang tepat menjelangnya kempen pilihan raya kecil Dun Merlimau bulan depan. Ketua Pemudanya, Mohd Fadil Muskon berkata apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang baru-baru ini menyerlahkan bagaimana kempen Pas yang bercorak sedemikian rupa ditolak dengan hormat oleh pengundi di kawasan tersebut. Justeru beliau percaya nasib yang sama akan menerima Pas pada kali ini kerana rakyat umumnya sudah pasti dapat menilai bagaimana tindak tanduk pemimpin Pas yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk dakwaan memanipulasi sijil cuti sakit oleh suami calon Pas DUN Tenang, Maarof Abdul Mutalib yang menjadi pertikaian umum sehingga hari ini. "Tengok bagaimana sikap mereka yang tidak kisah soal halal atau haram. Bab bercakap pandai dan cukup petah berkata-kata…Namun dari segi pelaksanaan dan tatacara serta etika dalam diri tidak mengikut apa yang diungkapkan. "Sebab itu saya penuh yakin, pengundi termasuk penduduk di Merlimau akan tolak dengan hormat sepertimana pengundi di Tenang kerana mereka dah tengok dengan jelas bagaimana tingkah laku kepimpinan Pas hari ini. Apakah pemimpin seperti ini yang mereka mahu angkat sebagai wakil rakyat," katanya.
Fadil yang juga Ketua Pemuda Air Hitam seterusnya menimbulkan persoalan berhubung status bentuk tindakan terhadap Maarof Abd. Mutalib, 45, yang didakwa aktif berkempen membantu isterinya sedangkan beliau dilaporkan mengambil cuti sakit selama 21 hari. "Kita minta pihak berkenaan agar tidak berdiam diri kerana dakwaan terhadap beliau adalah cukup serius kerana membabitkan etika seorang guru. Kalau benar seperti yang didakwa, satu bentuk tindakan perlu dikenakan agar perkara yang sama tidak akan berulang. "Pemuda bersikap profesional dalam soal ini dan bukannya semata-mata berbeza ideologi politik menyebabkan kita mengambil desakan sedemikian rupa. Ini adalah tuduhan yang cukup berat. Kita tidak mahu perkara ini terus jadi perbualan dan sebagainya," katanya. Ditanya mengenai persiapan untuk membantu jentera Pemuda UMNO Melaka pada pilihan raya kecil DUN Merlimau nanti, Fadil menambah pergerakan itu akan menggunakan kaedah yang sama sepertimana yang digunakan pada pilihan raya kecil DUN Tenang baru-baru ini. "Kita tengok dulu bagaimana agihan untuk peti undi yang kita kena jaga nanti. Apa pun kita serah bulat-bulat kepada Pemuda UMNO Melaka untuk membuat sebarang keputusan dan kita akan bekerjasama rapat dengan jentera tempatan dalam menzahirkan kekuatan Barisan Nasional (BN) kelak," katanya. -MediaUMNO Berita Bertarikh Pada 7 February 2011 5:26 PM |
You are subscribed to email updates from di merlimau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan