04 di sungai udang - Google Blog Search |
<b>Udang</b> galah makin pupus <b>di Sungai</b> Muda | Darulaman 'Dot' My Posted: 12 Dec 2012 08:01 PM PST Mungkin ramai tidak menyedari sepanjang Sungai Muda bermula di Bumbong Lima hingga muara sungai di Kampung Kuala Muda di sini, merupakan antara lokasi kegemaran kaki pancing udang galah. Saban malam puluhan pemancing mencuba nasib dan mereka tidak pula pulang dengan tangan kosong sebaliknya berjaya menaikkan hasil sungai itu. Malah, pada musim tertentu, udang galah boleh didapati dengan banyaknya di sepanjang Kampung Bakau Tua, Pulau Mertajam, Teluk Manan dan Kampung Permatang Bendahari. Tapi itu semua dulu, sebaliknya sekarang selepas projek tebatan banjir dijalankan sepanjang sungai itu, spesies itu didapati berkurangan. Kekurangan udang galah jenis sepit berwarna biru di sungai ini turut menjejaskan pendapatan nelayan sungai kecil yang bergantung hidup kepada hasil sungai. Seorang nelayan, Mohd Appandi Aman, 32, berkata, pendapatan nelayan sepertinya terjejas teruk apabila udang galah semakin berkurangan sejak kebelakangan ini. "Saya percaya antara punca yang menyebabkan berlakunya fenomena sedemikian ialah kerana habitatnya terganggu disebabkan projek tebatan sungai yang sedang dijalankan sekarang. "Selain itu, pembiakan udang galah di sini juga didapati terancam apabila pokok nipah dan semak samun yang menjadi tempatnya berlindung selama ini dibersihkan untuk projek itu," katanya. Mohd Appandi berkata, kegiatan memancing udang galah di sini sekarang dirasakan membuang masa sahaja kerana hasilnya tidak berbaloi dengan masa dihabiskan. Sementara, Bustaman Mat Dali, 42, yang menetap di Kampung Pulau Mertajam pula berkata, kegiatan projek tebatan dan pembinaan lebih 10 jeti di sepanjang sungai itu menyebabkan laluan sungai mengecil, sekali gus mengurangkan jumlah udang galah di kawasan berkenaan. "Kita nelayan di sini bukan menghalang pembangunan tetapi, kesannya menjejaskan pendapatan yang selama ini menjadi punca utama nelayan di sini. "Selain udang galah, turut mengalami kepupusan ialah ikan gelama, duri, semilang dan ketam nyior serta udang sungai membuatkan sebahagian besar nelayan sungai terpaksa mengeluarkan modal besar menyediakan kelengkapan ke laut mencari pendapatan," katanya. Menurutnya, kini kawasan sepanjang sungai di empat kampung itu bukan lagi menjadi hobi kaki pancing menyebabkan suasananya tidak semeriah dahulu. Seorang lagi nelayan, Mat Abu Seman, 45, berkata, masalah kekurangan hasil sungai di kawasan itu perlu diberi perhatian segera agar nelayan sungai terus dapat hidup di samping kaki pancing dapat meneruskan hobi mereka. sinar |
D'KING Mee <b>Udang</b> Banjir....sedap 'tak dak' dah @ <b>Sungai</b> Petani <b>...</b> Posted: 15 Feb 2013 09:47 AM PST Lokasi : ...tayang gambar makanan tangah memalam ni macam tak kena la plak ea..., takpa ..ni untuk depa yang tak pernah mai makan kat area Sungai Petani, khususnya pembaca di blog pcl nih,. mana lah tau kot terlajak sampai Utara ni nak pekena mee udang banjir... Ramai yang dah tau D'King Mee Udang Banjir & Ikan Bakar Power ni macam mana rasanya....Emm Sedap 'Tak Dak' Dah..dan dah jadi buah mulut pengemar 'kaki makan' serantauan. Ibumertua pcl yang belanja (semalam) ..., walau pun ada insiden yang tak disangka telah berlaku namun itu bukan tujuan utama aku menulis tentang @ D'King restoran ini. Mee udang Banjir dihidang dalam mangkuk besar untuk 4 orang makan, anggaran dalam Rm60 semangkuk..(10 ekor udang laut) x 3 mangkuk menjadi santapan kami sekeluarga.....Syukur Alhamdulillah. moga murah rezeki ibumertua ku lagi hendaknya...aminn ! korang jangan lepaskan peluang untuk merasa mee udang banjir di sini. okay . (roger pcl n mmD kalau nak berteman makan...hehe!) p/s : esok punya program adalah ...mencari siput gayam @ Pantai Merdeka, time 7am..insyaAllah. |
You are subscribed to email updates from di sungai udang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan