Isnin, 25 Februari 2013

04 di sungai udang - Google Blog Search

04 di sungai udang - Google Blog Search


Program Pelepasan Umum Benih Anak <b>Udang</b> Galah <b>Di Sungai</b> <b>...</b>

Posted: 22 Oct 2012 11:51 PM PDT

Selaras dengan usaha berterusan Jabatan Perikanan melestarikan sumber perikanan, Jabatan Perikanan telah mengadakan satu Program Pelepasan Benih Udang Galah di Sungai Linggi pada hari ini. Sebanyak 110,000 ekor benih udang galah akan dilepaskan oleh YB. Datuk Ar Hj. Ismail Bin Hj. Othman, ADUN Kuala Linggi.

Pelepasan benih udang ini, bertujuan untuk meningkatkan stok udang galah yang semakin berkurangan ekoran aktiviti penangkapan yang tidak terkawal dan terdapat penyalahgunaan peralatan penangkapan. Dengan adanya program seperti ini, ia juga secara tidak lansung akan meningkatkan sosioekonomi penduduk tempatan terutamanya nelayan-nelayan sungai.

Program pelepasan umum ini dibuat adalah selari dengan penubuhan RTC Kuala Linggi yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 10 November 2012. Inisiatif penubuhan RTC ini memenuhi konsep strategi lautan biru 4 (National Blue Ocean Strategy) dimana penduduk berhampiran akan menerima manfaat hasil penyediaan perkhidmatan secara berpusat dan berintegrasi bagi memudahkan urusan masyarakat luar bandar dalam menjalankan aktiviti ekonomi mereka yang mampu memberi impak dan pendapatan berganda.

Justeru itu, program seperti ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan sosio ekonomi dan sosial penduduk bagi meralisasikan program tranformasi ekonomi (ETP) dan program tranformasi kerajaan (GTP) untuk memacu Malaysia ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

DJ - Perkahwinan : Lorong Hj. Hamid 2, <b>Sg</b>. <b>Udang</b> - DDeana <b>...</b>

Posted: 09 Jan 2013 05:18 AM PST

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : ASMAA BINTI RAHIM ♥ MOHD KHALID BIN MD JIZET (ENCIK RAHIM BIN MOHD & PUAN FATIMAH BINTI DIN)
  • LOKASI : LORONG HJ. HAMID 2, SG. UDANG, KLANG
  • TARIKH : 5hb JANUARI 2013 (23 SAFAR 1434H)
---------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah... permulaan tahun baru 2013 ini telah pun memberi satu lagi peluang rezeki kepada saya. Hari ini saya baru sahaja selesai mengendalikan sebuah lagi majlis perkahwinan di Klang. Lokasinya sangat berhampiran dengan rumah saya iaitu hanya di Lorong Haji Hamid 2 iaitu di Jalan Selamat, Sungai Udang. Bekerjasama dengan team hari ini memang memudahkan saya maka saya mengambil keputusan untuk bertolak sedikit lewat. Ini kerana saya sememangnya yakin bahawa tiada kesesakan lalu-lintas yang perlu saya tempuhi. Sesampainya di sana, saya beramah-mesra terlebih dahulu dengan sanak-saudara tuan rumah yang ada kerana majlis akad nikah baru sahaja selesai. Selepas itu, saya dikhabarkan bahawa majlis doa selamat akan bermula dan akhirnya tugasan saya hanya bermula sekitar jam 12 tengah hari.
Tugasan saya hari sememangnya mudah kerana tiada aktiviti berkaraoke yang dijalankan. Maka, saya hanya perlu mengalu-alukan tetamu selain memutarkan lagu yang menceriakan lagi suasana. Pasangan mempelai tiba sekitar jam 2 petang. Jenuh juga pengantin perempuan menunggu pengantin lelaki tiba dan ketibaan pengantin lelaki diiringi oleh paluan kompang Sri Gadaong dari Telok Gadong Kecil. Pengantin lelaki terus disambut oleh pengantin perempuan dan kemudiannya diarak masuk untuk ke meja makan beradab. Sebelum sampai ke meja makan beradab, bacaan doa telah dilakukan bagi merahmati lagi perjalanan majlis.
Makan beradan berjalan lancar dan ada juga rakan dan taulan pasangan mempelai yang mengambil kesempatan untuk bergambar. Selesai sahaja upacara makan beradab, majlis diteruskan lagi dengan upacara memotong kek. Pada ketika itu, pengapit pengantin perempuan iaitu Puan Farisha telah datang menemui saya dan menulis satu ucapan buat pasangan mempelai untuk saya bacakan, yang mana berbunyi:
"Buat sahabatku,
Selamat Pengantin Baru dan selamat menempuh alam perkahwinan dan berbahagia hingga ke syurga. I love you so much Asmaa... sahabatku hingga ke syurga.
Buat Khalid,
Tahniah... jagalah Asmaa dengan baik. Dia antara wanita yang terbaik. Berbahagialah melayari bahtera alam perkahwinan ini hingga ke Jannah, Insya Allah."

Itulah dia antara bait-bait ayat yang telah saya bacakan untuk pasangan mempelai. Meskipun hujan turun dengan lebatnya serta membanjiri kawasan tugasan saya, saya tetap menjalankan tugasan saya sebaiknya. Majlis selesai sekitar jam 4 petang dan diharapkan semua pihak berpuas hati dengan khidmat yang telah saya berikan. Jom layan jap gambar-gambar pada hari ini :)


 Sekian dan wassallam~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads