ads

Selasa, 26 Februari 2013

di negeri melaka - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri melaka - Google Blog Search


Lagi Projek Pembaziran Kerajaan <b>Negeri Melaka</b>, <b>Di</b> <b>...</b> - IdaMan - Yes

Posted: 15 Feb 2013 12:00 AM PST

Melaka bakal mempunyai sebuah taman haiwan purba dikenali sebagai 'Jurassic Park' bernilai RM200 juta yang dirancang dibina bersama beberapa projek pelancongan lain di Dataran 1Malaysia di sini.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata destinasi pelancongan yang pertama seumpamanya di Asia itu akan mempamerkan 200 spesies dinosaur melalui kaedah hidrolik dan elektronik.

Beliau berkata Jurassic Park itu akan dibina bersebelahan dengan sebuah lagi taman tema iaitu Melaka Sea World, melibatkan kawasan seluas 12.1 hektar yang akan dilaksanakan secara usahasama oleh Yayasan Melaka dan syarikat swasta, Eden Incorporation Berhad.

"Perbincangan mengenai projek ini berjalan lancar dan memorandum persefahaman (MoU) dijangka ditandatangani pada Mac depan," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat mengenai projek tersebut di Seri Negeri di sini, hari ini.

Katanya Jurassic Park itu dijangka siap dibina dalam tempoh dua tahun selepas MoU tersebut ditandatangani.

Mohd Ali berkata Jurassic Park itu dijangka mampu menarik lebih satu juta pelancong setahun.

Sementara itu, beliau berkata kawasan Dataran 1Malaysia turut akan menempatkan Melaka Sea World yang akan dilengkapi galeri ikan paus terbesar di negara ini di atas tapak berkeluasan 60.7 hektar.

Beliau berkata projek lain yang turut dibina di kawasan tersebut termasuk Dataran Peta Malaysia bernilai RM2 juta, 21 restoran bas dan 20 chalet bas bernilai RM2.7 juta serta tiga padang bola bernilai RM1.4 juta. - Bernama

DATARAN 1 MALAYSIA -Tetulang besi yang di salut konkrit ukuran 58'x30' berharga RM352,000.

BUS LONDON - 2 buah bas bernilai RM200,000 setiap satu kini tersadai di Kompleks Logistik MBMB Batu Berendam.

KINCIR AIR - Berharga RM1.76juta kini langsung tidak berfungsi. Pernah mendapat teguran Jabatan Audit Negara disebabkan kelemahan pengurusannya.

REPLIKA JAM - Di perbuat daripada pokok bunga dan terletak di Dataran MBMB. Kos Jam ini ialah RM500,000.

ROLLER COSTER - Projek bernilai RM10juta dan malangnya tak pernah beroperasi.

AIR TERJUN - Bersebelahan Dataran MBMB dan berharga RM1.7juta.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved