04 di klebang - Google Blog Search |
马六甲民主行动党 DAP MELAKA: Sinar Harian:Tangga Batu <b>...</b> Posted: 28 Feb 2013 09:23 PM PST Klebang dan Paya Rumput masih kubu kuat BN? -Sinar Harian 28 Februari 2013 BENARKAH dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di kawasan Parlimen Tangga Batu iaitu Klebang dan Paya Rumput akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti? Persoalan ini menjadi topik hangat dan pelbagai tanggapan dibuat selagi PRU13 belum berlangsung.Bagaimanapun, PR Melaka awal-awal lagi sudah meletakkan keyakinan tinggi untuk menumbangkan BN di kerusi berkenaan berdasarkan pemerhatian mereka sejak PRU12 lalu. Di Dun Paya Rumput sendiri, menyaksikan BN memperolehi majoriti yang cukup tipis iaitu 1,894 undi, jumlahnya jauh berbeza daripada majoriti sebelumnya pada PRU 2004 iaitu 6,474 undi. Manakala Dun Klebang yang diidam-idamkan DAP pula, turut mengalami kemerosotan apabila cuma mencapai majoriti 1,303 undi berbanding sebelumnya 4,177 undi. Lantaran itu, PR mentafsirkan, situasi itu satu peluang besar buat mereka untuk melebarkan lagi penguasaan DAP di negeri ini setelah menduduki lima Dun dan satu Parlimen di Kota Melaka. Sekiranya ini berlaku, sudah pasti Parlimen Tangga Batu tidak lagi boleh dianggap sebagai kubu kuat BN sejak persempadanan semula pada 2002. Terletak kira-kira 10 kilometer dari Bandaraya Melaka, kawasan ini mempunyai empat Dun iaitu Sungai Udang dan Pantai Kundor, selain Klebang serta Paya Rumput, sekaligus menjadi pusat nadi ekonomi kedua terbesar selepas Ayer Keroh. Tangga Batu diramal bakal menyaksikan pertembungan antara BN dengan PKR bagi merebut kerusi Parlimen, manakala Pas akan bertanding satu kerusi di kawasan Pantai Kundor. DAP pula sekali lagi akan cuba merampas Dun Klebang, sementara dua Dun lagi iaitu Paya Rumput dan Sungai Udang, BN dijangka bertemu calon PKR. Di Dun Sungai Udang dan Pantai Kundor, BN dijangka tidak akan berdepan cabaran sukar berbanding Dun Klebang dan Paya Rumput. PR ambil kesempatan Baru-baru ini, Setiausaha DAP Melaka, Liou Chen Kuang pernah melahirkan keyakinan bahawa Klebang akan jatuh ke tangan mereka pada PRU13 nanti. Menurutnya, sejak isu penambakan laut di sepanjang Pantai Klebang meletus sehingga menjejaskan industri marin terutama nelayan dan pengusaha pembuatan cincalok, rakyat sudah hilang sabar dengan kerajaan sedia ada. Dilihat dari segi komposisi di Parlimen Tangga Batu, khususnya Dun Paya Rumput, kawasan berkenaan terdiri daripada 60 peratus penduduknya adalah kaum Melayu. Ketua Penerangan PKR negeri, Hairiz Nordin berkata, pembangunan di kawasan ini terutama kemunculan banyak perumahan-perumahan baru memberi kelebihan buat PR. |
You are subscribed to email updates from di klebang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan