- Feb 9, 2013 20:39:05.
Aliran trafik lebuhraya Plus di Sungkai arah utara
KUALA LUMPUR — Aliran trafik di beberapa lebuh raya dilaporkan bergerak perlahan mulai petang ini apabila warga kota mula pulang ke kampung sempena sambutan Tahun Baharu Cina esok.
Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik sesak sebelum plaza tol Gombak ke Terowong Genting Sempah.
"Trafik juga perlahan dari Putra Mahkota ke R&R Seremban, Simpang Renggam ke Machap & Skudai ke Senai Utara," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.
Katanya laluan kontra dibuka di km 66-66.1 (Simpang Renggam-Machap) untuk mengurangkan kesesakan ekoran kemalangan kereta terbabas di km67.6 pada 1.50 tengah hari tadi.
Menurut laman Twitter PLUS pula, trafik lancar dari Tanjung Malim menuju ke Behrang, namun masih lagi perlahan dari Behrang menuju ke Hentian Ladang Bikam.
Orang ramai dinasihatkan mengikut jadual waktu perjalanan yang dikeluarkan PLUS iaitu bagi destinasi lebih jauh dinasihatkan kenderaan keluar lebih awal.
Waktu perjalanan dicadangkan untuk kenderaan dari Lembah Klang menuju ke Tapah, Bidor, Slim River & Tanjung Malim adalah selepas 6 petang.
Manakala waktu perjalanan dicadangkan untuk kenderaan dari Lembah Klang ke Ipoh, Simpang Pulai, Gopeng & Simpang Ampat antara 3 petang hingga 6 petang.
PLUS dan LLM menasihati pengguna lebuh raya supaya memandu dengan berhati-hati dalam cuaca hujan selain mengawasi jarak keselamatan kenderaan mereka.
Arikel berkaitan: Aliran Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Bergerak Perlahan Petang Ini
- Laporan Terkini Trafik LLM 03:00 AM 26/10/20120309hrs Status kemalangan Km 42.4 dari Simpang Renggam ke Sedenak. Insiden selesai sepenuhnya. 0308hrs Maklumat awal kemalangan Km 341.2 arah selatan dari Bidor ke Sungkai. ...
- Aliran Trafik Masih Lancar Di Selatan, Dari Utara Bergerak PerlahanAliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dari arah utara masih bergerak perlahan manakala di bahagian selatan dilaporkan lancar, setakat 9.30 malam ini. Jurucakap Pusat ...
- Trafik Bergerak Perlahan Ke UtaraKUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) terutama ke arah utara berikutan pertambahan jumlah kenderaan sejak awal pagi ...
- Jumlah Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Beberapa LaluanPertambahan jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), kebanyakannya untuk pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri membuatkan beberapa laluan trafik bergerak perlahan. Menurut petugas Pusat ...
- Trafik Bertambah Di Laluan Dari Utara, Selatan Lebuh Raya PlusKUALA LUMPUR, 29 Ogos -- Laluan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menunjukkan peningkatan aliran trafik di arah utara dan selatan tetapi masih lagi terkawal. Menurut ...
- Trafik Perlahan Di Kawasan Utara @plustrafikKeadaan trafik di beberapa kawasan di bahagian utara Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mengalami kesesakan sejak tengah hari Rabu ekoran pertambahan kenderaan serta beberapa kemalangan kecil. ...
- Situasi pagi: Trafik di lebuh raya meningkat, tapi terkawal @plustrafikKUALA LUMPUR - Keadaan trafik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dilaporkan meningkat sejak pukul 10 pagi tadi namun masih bergerak lancar. Jurucakap Pusat Kawalan Trafik ...
- Laporan Terkini Trafik LLM 6:06 PM 25/10/2012Highway : PLUS - North (North - South Expressway) Datetime : 25-Oct-2012 05:12 PM Congestion : TRAFIK PERLAHAN DARI JURU KE SG.DUA Highway : LDP (Damansara - Puchong Highway) ...
- Ibu Kota Lengang, Trafik Lancar Menjelang 1 Syawal KUALA LUMPUR, 29 Ogos -- Menjelang 1 Syawal yang dijangka disambut esok, suasana di ibu kota semakin lengang manakala keadaan trafik di Lembah Klang ...
- Lagi Nahas Babitkan Bas Ekspress Berpuluh penumpang cedera selepas tiga bas ekpres dan sebuah kereta bertembung berhampiran susur keluar Simpang Pulai, dekat Ipoh. Kemalangan berlaku selepas sebuah lori dari ...
- Nahas Di Lembah Beringin - Tercampak Sebelum Digilis KenderaanSeorang wanita maut dipercayai digilis pelbagai kenderaan setelah tercampak keluar dari kereta dinaikinya dalam satu kemalangan ngeri di Hulu Selangor pagi tadi. Rakannya yang parah ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan