ads

Khamis, 7 Mac 2013

04 di machap - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

04 di machap - Google Blog Search


Terkini!! (Gambar2 & Video) Jelajah Merdeka Rakyat <b>Di</b> Melaka: DS <b>...</b>

Posted: 07 Mar 2013 08:21 AM PST



Kira-Kira 100 Penyokong Barisan Nasional Menimbulkan Kekecohan Di Jelajah Merdeka Rakyat Di Melaka Ketika Ini....

apabila hujah sudah tidak boleh dilawan..
maka ini la cara macai-macai gunakan untuk berlawan
sama la jugak macam macai-macai dalam gambar ni..


Cedera dikena batu dibaling samseng UMNO

FRU/Pihak Polis Kelihatan Mengawal Keadaan Di Tapak Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat Ketika Ini Akibat Kekacauan Yang Ditimbulkan Oleh "SAMSENG DIKENALI" Di Melaka Ketika Ini Yang Menceroboh Tempat ceramah PR...


TERKINI...JELAJAH MERDEKA RAKYAT MACHAP, MELAKA..Ribuan Manusia Rakyat Hadir Walaupon bas dibaling batu tapi kemaraan rakyat untuk memastikan PR ke Putrajaya tetap tinggi

TERLATEST!!!!..BAS JELAJAH MERDEKA RAKYAT DIBALING DENGAN OBJEK KERAS OLEH SAMSENG UMNO DI CERAMAH MERDEKA RAKYAT DIBUKIT KATIL, MELAKA... SERPIHAN CERMIN MENGENAI DSAI KETIKA BELIAU SEDANG BERUCAP!!!!!

Terlatest berita panas mendidih!!!!. Cermin bas Jelajah Merdeka Rakyat di baling objek keras dipercayai batu,oleh samseng umno di Bukit Katil,Melaka sebentar tadi 7hb Mac 2013 jam 10 malam.....cermin yang pecah berselerakan kena pada badan DSAI yang ketika itu sedang menyampaikan ucapan.. ADA PERCUBAAN UNTUK MENCEDERAKAN DSAI.

Pihak UMNO juga dikatakan sedang membuat ceramah dengan tujuan ganggu kacau yang dikepalai Ummi Hafilda.

Nak katakan ceramah pun tak boleh sebab dari awal Ummi Hafilda buka beliau asyik memaki hamun, mencarut memfitnah DSAI saja. Butiran caci maki hamunnya adalah jenis sterotype dari dulu, kini dan samapi dia mati.

Ingatkan sudah berumah tangga dengan warga Pakistan dia akan berubah, tapi malangnya semakin teruk!!!!!

Beginilah cara UMNO Melaka dibawah Ali Rustam berpolitik. Kebetulan UMNO Bahagian Bukit Katil diketuai oleh Ali Rustam sendiri. -Omak kau

Pencerobohan Berlaku Jugak <b>Di</b> Melaka.. Saksikanlah!!

Posted: 07 Mar 2013 06:28 AM PST



MELAKA : Umno Bahagian Bukit Katil sekali lagi menceroboh tanah persendirian milik seorang penduduk Kampung Bukit Katil iaitu Md Yassin Abdul Ghani.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab dalam tinjauan ke tapak lokasi ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mendapati Umno sudah pun mendirikan beberapa buah khemah di tanah lapang yang bersebelahan dengan Dewan Tun Ali."Umno telah memasang beberapa khemah di atas tanah Haji Md Yassin bagi mengganggu ceramah Datuk Seri Anwar malam ini. Mereka pasang khemah di tempat yang sama seperti dua hari lepas".

"Mereka memang tak ada maruah dua hari lepas tuan tanah dah halau mereka, hari ini mereka pasang lagi, memang tak tahu malu""Lebih malang lagi Umno menyalahgunakan lori Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk memasang khemah-khemah tersebut." ujar Yusof.Beliau berkata pihaknya telah memaklumkan kepada Md Yassin tentang perkara ini dan terpulanglah kepada tuan tanah untuk mengambil tindakan.

Menurutnya Umno memang merancang untuk mengganggu ceramah ini di mana mereka telah menaikkan kain pemidang memberitahu bahawa Umi Hafilda.

Yusof melahirkan kekesalan di atas sikap kebudak-budakan Umno yang langsung tidak menunjukkan kematangan berpolitik walaupun dunia sudah melangkaui era globalisasi dan dunia tanpa sempadan."Kita berharap pihak Polis dapat mengambil tindakan kepada pihak Umno agar mereka mengalihkan lokasi ceramah Umno ke tempat lain yang lebih jauh bagi menjaga ketenteraman awam dan tidak mengganggu rakyat yang dahagakan maklumat. Kalau mereka degil Polis mesti hentikan sahaja ceramah mereka".


"Jangan biarkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku sebagaimana dua hari lepas di mana berlaku insiden tolak menolak antara kedua-dua penyokong Umno dan PR" tambah Yusof.Dalam kejadian dua hari lepas petugas-petugas Umno yang diupah mendirikan khemah di atas tanah tersebut yang terletak bersebelahan Dewan Tun Ali.Setelah khemah itu didirikan, Md Yassin dan beberapa penduduk kampung sampai dan meminta petugas-petugas Umno supaya mengalihkan khemah tersebut kerana ia didirikan tanpa kebenaran beliau.

Pada sebelah malam pula ketika program ceramah sempena jelajah treler Negara Berkebajikan PAS di lokasi yang sama, keadaan menjadi sedikit tegang apabila provokasi demi provokasi dilakukan oleh penceramah Umno terhadap PAS.Ahli-ahli dan penyokong PAS yang berada kira-kira 20 meter dari tempat ceramah Umno mula menyorak dan menghampirinya.

Berlaku tolak menolak antara penyokong kedua-dua kumpulan.Akhirnya insiden itu berjaya dikawal dengan baik oleh anggota Unit Amal dan polis yang berada di lokasi tersebut.Enam buah kereta peronda polis dengan 20 anggota tiba untuk mengawal keadaan.Selain Dato Seri Anwar beberapa pimpinan PR Pusat dan negeri akan berceramah pada program malam ini. Dato Seri Anwar dijadualkan menyampaikan ceramah di 3 lokasi iaitu Machap, Sg Udang dan Bukit Katil.~mutaligat

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved