Khamis, 28 Mac 2013

04 di merlimau - Google Blog Search

04 di merlimau - Google Blog Search


Formula “MatJenPeCal” Jadi Asas Kemenangan BN <b>Di Merlimau</b>

Posted: 09 Feb 2011 02:48 AM PST

Kategori Berita Pilihan

Formula "MatJenPeCal" Jadi Asas Kemenangan BN Di Merlimau

Oleh : Al Kamarul Ab Latif

JASIN, 9 Feb -  Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata formula MatJenPeCal akan sekali lagi menjadi asas bagi memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac nanti.

Jelasnya formula tersebut meletakkan Matlamat untuk menang besar, Jentera yang kukuh dan bersepadu, Perpaduan menerusi Gagasan 1Malaysia dan Calon yang ditampilkan adalah yang calon yang terbaik dan diterima pengundi.

Menurut beliau BN sekarang berada dalam momentum yang terbaik setelah memenangi beberapa pilihanraya kecil lalu bermula di Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi hingga yang terbaru di Tenang, Johor.

"Kejayaan BN ini mesti diteruskan di Merlimau menerusi asas formula MatJenPecal.  Merlimau terletak di sebuah negeri yang sudah mencapai status negeri maju maka pilihanraya kecil ini satu ujian buat BN.

"Jentera BN janganlah selesa sebab kalau kita ada strategi tentu saja pembangkang ada strategi juga nak lawan BN dan nak tebus malu kalah dalam pilihanraya kecil sebelum ini", katanya ketika mengadakan pertemuan dengan jentera BN di sini, hari ini.

Malah beliau turut mengingatkan jentera BN sentiasa bersiap sedia dengan serangan jentera pihak lawan yang sudah tentu akan melancarkan tindakan luar biasa bagi menebus kekalahan berterusan mereka pada pilihanraya kecil lalu.

"Kita tahu pembangkang terutama Pas tidak akan biarkan kita mendapat laluan mudah.  Kita dapat jangkakan mereka akan bertindak luar biasa dan pasti akan cuba sedaya upaya memastikan kemenangan berpihak kepada mereka", ujarnya.

Mengenai fatwa-fatwa karut dan mengelirukan pengundi seperti mana kenyataan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat pada pilihanraya kecil DUN Tenang lalu, beliau berkata, "Kita lupakan saja Nik Aziz dengan alamnya tanpa perlu kita letih fikirkan kenyataan-kenyataannya".

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Januari lalu. Ia pilihan raya kecil ke-15 sejak Mac 2008.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Mohamad Hidhir yang juga Exco kerajaan negeri menewaskan calon Pas, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Proses penamaan calon pilihan raya kecil DUN Merlimau ditetapkan 26 Februari ini, manakala 6 Mac sebagai tarikh pengundian. DUN Merlimau mempunyai 10,679 pemilih berdaftar. -MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 9 February 2011 6:48 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads