ads

Selasa, 5 Mac 2013

04 di serkam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

04 di serkam - Google Blog Search


PAS <b>SERKAM</b> DARAT: PR Lancar Menifesto PRU 13

Posted: 24 Feb 2013 08:39 PM PST

Pakatan Rakyat (PR) hari ini melancarkan manifesto pilihan raya mereka dengan tema "Pakatan Harapan Rakyat" menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang memberikan fokus kepada tata kelola yang baik berteraskan prinsip moral dan nilai sejagat yang memberikan keutamaan kepada kebajikan rakyat. 
Manifesto keempat pakatan pembangkang pembangkang itu dilancarkan di Pusat Konvensyen SACC di sini memberikan fokus kepada empat paksi utama; rakyat bersaudara; ekonomi rakyat; kesejahteraan rakyat; dan kerajaan rakyat. Antara intipati manifesto itu adalah memerangi rasuah secara agresif melalui pemujudan Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN), Suruhanjaya Anti Monopoli, dan Suruhanjaya Kontrak Awam, bagi memecahkan monopoli dan kontrak-kontrak awam yang telah dianugerahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi menyemak semula keadilan kontrak berkenaan. 
 Pembangkang itu turut menjanjikan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sistem penguatkuasaan trafik yang menimbulkan kontroversi, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), pengambilan berperingkat lebuhraya di Malaysia dan pemansuhan tol, menghentikan operasi kilang nadir bumi Lynas, kajian semula semua fasa Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), dan banyak lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved