|   04 di ayer keroh - Google Blog Search   | 
| Parlimen di bubar esok ~ Melaka Homestay <b>di Ayer Keroh</b> Posted: 14 Mar 2013 07:16 AM PDT   Parlimen di bubar esok? Entahlah bila agaknya parlimen di bubar untuk membolehkan PRU 13 di adakan. Tarikh keramat yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia sehingga kini masih lagi menjadi teka-teki.  Datuk Seri Najib Razak sepatutnya membubarkan Parlimen mengikut berakhirnya tempoh lima tahun penggal Parlimen, bukannya mengikut Perkara 55(3) Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri yang tidak dipilih rakyat 50 hari lagi.   Ketua  Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata Perkara 55(3) Perlembagaan  Persekutuan menyebut: "Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu,  Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun daripada tarikh  mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar."   Katanya,  Parlimen ke-12 dipilih pada 8 Mac 2008 iaitu hari mengundi Pilihan Raya  Umum ke-12 (PRU-12) dan mesyuarat pertama Parlimen diadakan pada 28  April, 2008. Kalau diteliti dari kenyataan Lim Kit Siang, Parlimen akan terbubar dengan sendirinya pada 28 April 2013. Sama-samalah kita tunggu tarikh yang akan menentukan siapakah yang akan menerajui negara kita kelak. | 
| You are subscribed to email updates from di ayer keroh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
   
Tiada ulasan:
Catat Ulasan