Ahad, 14 April 2013

04 di batu berendam - Google Blog Search

04 di batu berendam - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di batu berendam</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Feb 2013 07:03 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

RASEDY CANOPY: RASEDY <b>di Batu Berendam</b>

Posted: 24 Feb 2013 05:09 PM PST

Telah berlangsungnya cheritera cinta di antara Wahidah dan Ariff dengan ikatan dua hati yang bertakhta adat dan bersendikan sunnah Rasulullah SAW. Majlis tersebut telah diadakan di teratak  Encik Basiron bin Mat di Kg Batu 4, Batu Berendam.
Majlis Walimatul urus ini telah menggunakan perkhidmatan kami dan menjadikan warna Hijau + Cream sebagai tema ikatan kasih Nur Wahidah binti Basiron dengan pasangannya Mohd Ariff bin Hj Amat.

Majlis bermula dengan pertunangan adik kepada pasangan pengantin pada sebelah petang setelah kaum adam selesai menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran. Diikuti majlis akad nikah pengantin di sebelah malam. Alhamdulillah dengan sekali lafaz, pasangan ini telah bersatu dengan ikatan yang sah. Sebuah janji telah dimeterai dengan lafaz taklik oleh si suami.

Selesai majlis akad, pasangan ini dirai di atas pelamin yang indah. Dengan senyuman yang tersipu serta jelingan manja kedua-dua pasangan ini direnjis mawar dan ditepung tawar oleh sanak saudara, diikuti sesi bergambar.

Pada keesokan harinya iaitu Sabtu (23 Februari2013)  majlis ini diraikan dan dimeriahkan lagi dengan kahadiran saudara, kenalan dan sahabat handai.

Pada jam kurang lebih 1.00 petang acara yang dinantikan oleh para tetemu ialah perarakan pasangan pengantin bersama keluarga pengantin lelaki dengan iringan kompang oleh Kumpulan Kompang Kampung Batu Berendam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads