Rabu, 3 April 2013

04 di serkam - Google Blog Search

04 di serkam - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di serkam</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Feb 2013 01:12 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BUKU ANAK WARISAN BUGIS <b>SERKAM</b> MELAKA. dan cerita terkini <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2013 10:38 PM PST


 BUKU ANAK WARISAN BUGIS SERKAM MELAKA, coretan daeng kali ini.

Assalammualaikum saudara daeng dan semua.

Pertemuan secara tidak langsung dengan seorang yang mengumpul bahan sejarah Anak Bugis Serkam baru baru ini amat membanggakan. Banyak  maklumat baru yang diceritakan dan tidak menjangka beliau sudah menulis hampir 3 per 4 sebuah buku Sejarah Anak Bugis Serkam Melaka.

Banyak sangat rahsia demi rahsia .Sedikit demi sedikit baru ku faham akan pengertian rahsia ini.Tetapi penulis bersetuju supaya rahsia ini didedahkan dan ianya sudah menjadi sejarah lalu.Maklumat sejarah ini tidak akan lenyap jika usaha usaha mendokumentasikan bahan  dan maklumat dilakukan.

Sebelum ini cerita Sultan Johor ke Serkam dihurai satu persatu dan penjelasan belaiu telah menjelaskan semuanya.Mat Bam satu nama yang biasa ku dengar dari kecil.Pertalian dengan cerita kedatangan Sultan Johor amat sinonim .katanya sekitar tahun 50an jika tidak silap.Amat menarik ceritanya. Akhir dikuburkan ceritanya.Maklumat ini amat berguna. Pada asal maklumat daripada Bondaku, Nenek Ngah Arfah  dan sekarang tambahan Tok Mat Bam  mempunyai sambungan maklumat ceritanya..Kejadian  jemputan jamuan menguatkan kenapa datuk nek menyuruh menyimpan rahsia. Sangat-sangat menarik.Penulis menerangkan beliau  bukanlah salah seorang  waris anak cucu Tok Langgar tetapi sudah berumahtangga dengan anak cucu Tok Di Serkam ini.Bukunya nanti tidak mempunyai  cerita yang memberatkan mana-mana pihak Tambahan ,penulis memohon kubur Tok Langgar di jaga semula  dan dijadikan sebagai bahan warisan  sejarah bugis Serkam  Melaka.

Satu lagi cerita  cerita pertalian perang jementah ,cerita perang bukit larang,Perang linggi, Tok langgar  panglima perang membantu , kaitan dengan daeng di kedah menambahkan cerita dan maklumat buat diri ini.Cuma magrib memanggil terpaksa aku menangguhkan pertemuan bersama beliau.Beliau juga mempunyai blog sendiri pertalian sejarah dan maklumat akan dilink bersama nanti.semoga gabungan maklumat  ini dapat menyudahkan rahsia sebenar serkam kampung tercinta ini...

 Lain lak pula cerita pak dara aku seorang ini.Mejar pula berminat dalam penubuhan  persatuan anak- anak bugis Serkam dan inginkan maklumat salahsilah daeng daripada Tok Ibab. katanyee selalu dok mengambil bahan dan maklumat daripada  Abang Tok Ibab, Abang Karim rasanya.

Setakat ini banyak lagi perjalanan cerita ini.Aku masih mengharapkan komuniti penggerak  berjaya ditubuhkan mungkin setelah tertubuhnya Persatuan Anak-Anak Bugis Serkam kot.Mudah mudahan...Bagi aku x kira daripada cucu  temenggungke atau Bendahara janji  sejarah ini di ukir semula dan takkan luput dek zaman untuk tatapan anak cucu cicit nanti....

Sekian  dahulu coretan cucu daeng yang kerdil  ini ... MOGA ALLAH MEMPERKENANKAN HAJAT KU INI. AMINNN..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads