ads

Jumaat, 19 April 2013

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


Calon BN <b>Tanjung Bidara</b> tarik diri, pesara guru diumum pengganti

Posted: 17 Apr 2013 08:22 PM PDT

SINAR HARIAN

MELAKA - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara Datuk Kapt (B) Ab Karim Sulaiman hari ini menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
  
Ab Karim, 65, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam Melaka membuat keputusan itu atas faktor kesihatan dan telah menghantar surat rasmi kepada Pengerusi BN negeri yang juga Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada sebelah tengah hari.
  
Sehubungan itu, Mohd Ali ketika ditemui di kediamannya di Seri Bendahara di sini mengumumkan pesara guru, Md Rawi Mahmud, 60, yang juga anggota jawatankuasa Umno Bahagian Masjid Tanah menggantikan tempat Ab Karim selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
"Surat tauliah akan diperolehi petang ini...beliau (Md Rawi) dikenali oleh pengundi di Masjid Tanah," katanya.
  
Pada PRU12, Ab Karim mengalahkan calon Pas Imran Abdul Halim dengan majoriti 3,383 undi.  - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved