Selasa, 21 Mei 2013

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


Jiwa Paradox: SAM KETOT HAMPIR KOMA DIBELASAH <b>DI BUKIT</b> <b>...</b>

Posted: 03 May 2013 10:19 PM PDT

AYER KEROH: Lebih 300 penyokong pembangkang termasuk seorang ketua ranting umum keluar parti dan memohon menyertai Barisan Nasional (BN), di Seri Bendahara, di sini, malam tadi.

Pengumuman itu dibuat dihadapan Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Mengetuai tindakan kumpulan ini adalah Ketua Ranting PKR Batu Hampar, Peringgit, Tuah Shah Abdul Rahman.

Dalam kenyataannya, Tuah Shah, 40, tindakan itu dilakukan mereka selepas tidak berpuas hati dan bosan dengan sikap pemimpin parti pembangkang yang terus gagal menunaikan janji kepada rakyat selain tidak hentu-henti menabur pelbagai janji manis.

Dalam masa sama, katanya, beliau yang menyertai parti pembangkang itu bersama rakannya sejak 200, kini tidak lagi yakin dengan PKR yang sudah tidak relevan terutama di negeri ini.

"Kami meragui keupayaan pembangkang yang bercita-cita mahu mentadbir negara sedangkan di peringkat bawahan pun sudah tidak sepakat dalam pelbagai perkara.

"Mereka (pembangkang) datang dan mengelirukan kami dengan pelbagai janji serta dakwaan akan tubuh kerajaan sedangkan mereka sendiri tidak bekerjasama. Jadi bagaimana nak bentuk kerajaan?," katanya.

Sementara itu, Mohd Ali dalam ucapannya berkata, tindakan kumpulan itu adalah bukti ahli PKR semakin hilang kepercayaan kepada kepemimpinan mereka dan sekali gus sedar hanya BN mampu meneruskan agenda pembangunan negara.

"Tindakan ahli pembangkang menyertai BN mengukuhkan lagi kedudukan parti ini di Melaka menjelang hari pengundian Ahad ini," katanya.

Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads